Pot Luck Raya 360 Sisters
Raya lagi.. Sebulan raya sebulan la alkisah raya. hihi. Bila plan nak beraya dengan the gang ni kita buat pot luck je la sonang. tak menyusahkan tuan rumah. Pakat la bawa sorang sikit. 6-7 orang bawa 1 jenis makanan dah banyak kan menunya..
Rumah yang kena terjah adalah rumah Kak Lydzar. Rumah baru la katakan. semua kepingin nak pergi. Nasib baik sekangkang kera je dengan rumah Ainul.
menu yang sempat disnap.. terkantoi pulak kain kat situ. huhu. ni sebalum datang pelbagai jenis lagi makanan. memang makan sampai pengsan
bayangkan kalau ada 5 orang anak.. huhuhu pengsan mak.
anak anak sibuk makan eskrem durian & kacang merah. eee ainul tak makan durian.
paling seronok anak anak la. kemain semua sakan main. Yang lelaki main bola dekat luar, yang anak anak perempuan sibuk menari dekat atas.
kaum mak mak dan bapa bergosip. makan borak.. mana tak makin kembang..
Terima kasih tuan rumah kak lydzar & Din. Penat melayan kami semua.. next pot luck 360 kita kat rumah sapa pulak.. cepat osom..