Resepi Daging Korban Senang Sedap

Resepi Daging Korban Senang Sedap

Assalamualaikum & Salam Aidiladha. Banyak ke daging korban dapat tu? Alhamdulillah tahun ni Ainul dan suami berjaya menjadi sukarelawan qurban untuk masjid dan surau kariah kami. Pengalaman pertama yang best. Bila dapat daging korban banyak tu confirm mencari resepi daging korban apa yang sedap nak masak ni kan. Jom Ainul kongsikan beberapa resepi yang juga untuk rujukan Ainul

Cara Simpan Daging korban yang Betul

Dengan tip ini bukan hanya daging korban yang korang perolehi tahan lama, malah kesegaran daging masih boleh dikekalkan walaupun ia sudah disimpan lama dalam freezer. Ini cara-cara yang boleh diikuti.

1. Asingkan Daging

Asingkan daging ikut bahagian. Misalnya tulang, daging batang pinang, tulang, bahagian dalaman (perut, hati, limpa, paru) dan daging cincang.

Apabila ingin membuat sup, anda hanya keluarkan bekas berisi tulang sahaja, yang lain-lain kekal di dalam freezer.

2. Jangan Terus Cuci Daging Korban

Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.

3. Jangan Simpan Semua Daging Dalam Satu Bekas

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

4. Jangan Terus Simpan Dalam Freezer

Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam peti sejuk beku/freezer.

5. Jangan Defrost Daging Guna Air Panas

Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas.

Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).

 

Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

 

6. Simpan Daging Dengan Bahan Perapan

Menyimpan daging yang siap dengan bahan perapan boleh menjadikan daging tahan lebih lama berbanding daging mentah. Bahan perapan paling mudah adalah dengan cara mengaulkan daging dengan garam, gula, bawang dan kunyit.

Ia kerana bahan perapan bersifat antibakteria dan agen pengawet pada makanan. Secata tidak langsung ia menjimat masa memasak. Setelah dikeluarkan dari freezer anda boleh terus masak tanpa perlu menyediakan bahan perapan lagi.

Tips Tambahan

Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar yang ada seal.

Info

Resepi Daging Korban Senang Sedap

Resepi Daging Korban

DAGING GORENG THAI STYLE

Bahan-bahan:

-800gm daging
-5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
-4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
-1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
-2 sb sos tiram 2 sudu besar
– Garam secukup rasa
– Mentega

Bahan-bahan untuk sos:

-Serbuk cili Thai
– Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
– 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
– 2 sb air limau nipis
– 3 sb air asam jawa
– Kicap sotong / sos ikan
– 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
– Daun ketumbar dan daun bawang

Cara buat :

1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)

2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.

3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.

4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.

 

Resepi Daging Korban

Paprik Daging

Bahan2:
1/2 kilo daging potong dn rebus spai empuk simpan air rebusan
2 senduk besar cili blend kurang kan klu tak suka pedas
1 senduk besar cili sos
1 senduk besar sos tiram
3 ulas bawang putih di ketuk shj
Sebiji bawang besar di potong dadu
Sebiji bawang besar utk hiasan
Sayur ikut citarasa sendiri
Daun limau purut
Tomato dibelah 6
Cili api dan cili merah untuk hiasan
Garam gula dn perasa secukupnya

Caranya
Tumis bawang hingga naik baunya
Bubuh cili blend di tumis seketika
Masukkan cili sos dan sos tiram
Masukkan daging dan air rebusan
Bubuh sayur dan bahan2 yg lain
Perasakan secukup rasa
Kalau pekat tambah sedikit air

 

Resepi Daging Korban

Daging goreng kunyit..
.
BAHAN2;
-daging lembu(batang pinang)
-bwg putih diketuk
-bwg besar dimayang
-cili api ptg kecik
.
CARA2;
-gaul daging bersama serbuk kunyit,gaeam n sedikit serbuk perasa
-tumis bwg kecik,bwg besar n cili api hingga naik bau
-masukkn daging
-goreng hingga air daging kering n sesikit garing
-kacau..

 

Resepi Daging Korban

 

Daging Masak Merah Ala Thai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1/2 kg daging lembu – rebus empuk dg pewarna merah
2 ulas bawang putih – ketuk
1 labu bawang besar – hiris
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan thai
1/4 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Kacang panjang – jika suka
Daun sup/daun bawang
1 biji cili capsicum
1 cili merah

Cara-cara:
Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.

Daging Masak Merah Ala Thai Yang Sedap

Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.

Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih

 

Resepi Daging Korban :Daging Masak Kurma

daging masak kurma ni Ainul masak dan tak sangka masakan  ni terpilih dan  dapat masuk Tv masak bersama Chef Ismail.

 

Boleh tengok resepi lain di SINI

 

Selamat mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge