Sahur Jangan Makan Nasi Kalau Nak Kenyang Lama

Alhamdulillah berjaya mengharungi Ramadan Pertama di 2015. hehehe.. Disebabkan Ainul sebelum Ramadan dah pulun puasa ganti yang sebanyak 28hari tu maka bila berpuasa ramadan ni tak la terasa sangat. Tetapi husband la nampak agak penat sikit. Maybe badan pun tak biasa lagi kan. Tekejut sekejap tetiba pukul 5 pagi bangun sahur. Makan roti pulak tu..hehehe

Bercakap pasal roti untuk bersahur ni. nak Share dengan uolss pengalaman ainul sahur makan nasi dan roti.

Mula mula tak percaya jugak. Bertahun makan nasi relax je.. Sekali dalam proses ganti pose ni Ainul buat la experiment ( cewahh experiment la konon) bila sahur makan nasi dan makan roti.

Bila makan nasi memang la syiok..lagi lagi pekena ikan goreng, kicap dan sambal belacan. pehh!! layan beb.. Lagi lagi ada ikan bilis goreng.Pelbagai resepi boleh buat dengan ikan bilis ni. Memang terangkat la..

Bila siang hari tu, mata asyik mengantuk je. lepas tu maryam ajak guling guling. Mama pun kekonon nak bagi anak tidur la kan.. Sekali mama MAryam yang ZzzZzzZ dulu.huhuhuuu

Experiment ke dua bila sahur makan roti. Senang keje kan. Beli roti gardenia atau apa apa brand kegemaran korang. Goreng telur atau daging burger atau sosej. Siap!! Letak sos, mayonis sikit. Makan sekeping je roti. Boleh la senang kuruih ..yes!!

Alhamdulillah kurang rasa nak melepek..nak tido..lemau dan seangkatan dengannya. Padahal Ainul masih menyusukan Maryam. Tak efek pun pada production susu

 Terjumpa pulak info ini di facebook. Paling tinggi adalah oat. erkkk tak pandai nak makan oat boleh tak.hehe

ke ada sesiapa ada resepi oat yang BEST boleh la try nanti…
Jam sudah 5 pagi.. jom sahur 
Selamat berpuasa

2 Replies to “Sahur Jangan Makan Nasi Kalau Nak Kenyang Lama”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge