Sambal ikan bilis petai

Sambal ikan bilis petai

Orang cakap masa peknen jangan makan petai nanti berbau masa baby keluar. Tak tahan la weiiii dengan kegemaran saya ni.
Pagi tadi ke pasar stadium shah alam harus la banyak jumpa sayur kampung.termasuk la petai..mahu tak giler beli.pantang jumpa okey :》
Masakan simple tetapi boleh makan nasi sampai 3 pinggan..yumyummm

Resepi sambal ikan bilis petai
bahan-bahan
ikan bilis
petai
Cili kering
belacan
gula
garam
Asam jawa
bawang besar
cara penyediaan yang super senang
1. Cili kering + belacan blend halus 
2. Masukkan minyak masak dalam kuali
3.bila minyak dah panas, masukkan bawang besar yang dipotong nipis
4. Bila bawang dah layu sikit masukkan cili kering yang dikisar tadi
5. Tumis cili sampai pecah minyak tau.baru la sedap.macammana nk tahu? Cili tu agak garing dan minyak naik atas permukaan cili tu.faham tak??? 
6. Lepas dah pecah minyak, masukkan gula, garam & asam jawa. Masukkan secukup rasa ok.NO ajinomoto ok 🙂
7. Masukkan petai..yumyummm. Suka hati la korang nak petai tu lembut atau keras skt.ainul suka crunch sikit so masak kejap je la ye.
8. Masukkan ikan bilis pulak.Ainul goreng dulu ikan bilis.ikut citarasa masing masing la ye
siapppppp!!!!!
Cuba..jangan tak cuba….
sedap makan dengan nasi putih panas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge