Sedekah Baju Terpakai di Sini

7 bungkus plastik hitam yang mengandungi baju baju terpakai kami 4 beranak. Ya ALLAH tak sangka sampai 7 plastik besar. 4 plastik adalah milik Ainul. huhuhuuu.. nampak tak siapa punya baju, tudung paling banyak dalam rumah ni. hihihi

Kenapa tak jual preloved?

Ramai juga tanya .. sebenarnya kenapa tak jual preloved antara nya malas nak ambil gambar. Bayangkan kalau 4 plastik tu nak ambil gambar semua. pengsan akak dikkk. lagipun tak confident nak jual baju preloved. hihi

Jadi lagi mudah sedekah pada mereka yang memerlukan.

Kat mana nak sedekah?

Ainul hantar ke kotak putih ini di Tesco Shah Alam. Shah Alam ada 2 Tesco. Yang ni Tesco dekat Pusat Akuatik. Tau kann siapa orang Shah Alam tu


Bukan baju je tapi buku, handbag, toys. Mana yang elok lagi la ye. Jangan la sampai nak guna pun dah tak boleh. itu bukan sedekah. huhuu

3 plastik dari 7 yang sempat disnap. Boleh tahan berat 1 plastik pun. penuh padat kena sumbat.

kelemahan kotak ni, pintu nak masukkan barang sangat kecik. Kena gunakan sekuat tenaga untuk tolak masuk. Lagi lagi bag plastik kami memang penuh & padat. Apapun dah selamat masuk ke dalam

Cara mendidik anak anak juga. Barang yang masih boleh pakai, kalau dah taknak jangan buang membazir. ita sedekah dan boleh tolong orang yang memerlukan. Bagi kita baju ni dah lama, dah tak up to date fesyen nya. tapi ada orang perlukan sangat lagi lagi yang susah tu.

kepada yang bercadang nak buat word robe clearance tu , boleh la hantar baju baju tu ke sini ye. InsyaALLAH pihak Tesco mesti akan agihkan kepada mereka yang sangat memerlukan.. Yang penting jangan membazir

Comments

  1. eynda says:

    Selalu jugak buat spring cleaning hantar kat tempat macam ni kat Bukit Jelutong 🙂

    1. ainul says:

      senang ada benda ni kan. kalau tak selalu pk mana nak hantar baju lama yang boleh dipakai lagi

  2. Nak tanya la kan, tesco lain ada x slain shah alam. Ada byk gk ni bju nk sdekahkn

    1. ainul says:

      rasanya semua tesco ada…

  3. Ya Allah tq sgtt.. dlm kawasan parking tesco shah alam ke ni?

    1. ainul says:

      aah. kawasan parking tu. ada kotak putih besar tu. masukkan je

  4. ome says:

    assalamualaikum,
    sya nk tnya. kotak tesco ni smpai skrg msih ada?

    1. ainul says:

      wsalam. tak pasti la. tapi memang sentiasa ada je saya tengok.

  5. Aaron says:

    Salam. Tahu tak ke mana brg2 ni di sedekahkan?

    1. ainul says:

      maaf tak pasti. boleh tanya pihak tesco untuk kepastian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge