Solat Terawikh pertama Arreessa

Alhamdulillah  berjaya membawa Arreessa ke masjid negeri shah Alam untuk solat terawikh. Pada mulanya takut jugak nak bawa Arreessa ni. Dia dah makin lasak sekarang. Belum sampai masjid ainul dah pesan kat dia yang kita nak solat terawikh jadi duduk baik-baik..

Syukur Arreessa sangat baik. tak percaya jugak Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI kan..Kalau niat baik INSYAALLAH mesti boleh..

Sedikit tips untuk mengajar anak cintakan masjid
1) kerap bawa anak ke masjid dari bayi dan sepanjang masa, bukan di bulan Ramadhan sahaja
2) sebelum keluar beritahu anak-anak bahawa kita akan bawa dia ke masjid, masjid itu rumah Allah, jadi kena diam, duduk elok-elok
3) bila sampai ke masjid, perkenalkan masjid sekali lagi. sebutkan adab2 masjid
4) bawa mainan dan dudukkan dia di sebelah masa solat.
 
Kalau sejak dari bayi kita amalkan, insyaAllah bila besar sikit jadi lebih mudah. Bayi yang masih kecil mampu menerima dan menyimpan maklumat yang diberikan walaupun tak mampu memberikan maklum balas. Jika bayi  masih kecil (kurang 4 tahun), mungkin kita tak dapat solat dengan tenang atau mungkin tengah solat terpaksa berhenti untuk layan kejap atau bagi susu. Tak apa. Yang penting langkah pertama untuk bayi kenal dan cinta masjid. Oh ya, kalau boleh masa solat,solatlah di saf belakang2 dan tepi supaya anak2 tadi tidak mengganggu jemaah lain.
Ainul memang duduk kat belakang jauh dari jemaah lain.so takde la menggangu kan..Ainul mula-mula pun tak yakin ..takut arreess nanges tak selesa dengan orang ramai, bunyi bising tapi dia sangat ceria.
So kawan-kawan, apa kata cuba sekali..Mana tau sebenarnya anak kita tu ok je.Yelah kalau kat umah kita dengan dia je so dia nakal la sikit. Bila kat masjid ada ramai kawan…Dia pun excited..
Selamat beramal & selamat beribadat di 10 malam terakhir ini..
Wassalam “)
 

4 thoughts on “Solat Terawikh pertama Arreessa

  1. ainul
    i dah try 1st ramadhan dulu
    end up tarawikh x habis n balik dgn rasa sakit hati
    niat bawa anak solat konon jadi gangguan dan sebabkan org tu rasa solatnya x sempurna. sedih rasa hati. padahal kita duduk saf belakang, jauh dari jemaah lain. dan anak kita n anak2 org lain bukan bising mengacau pun.
    selepas malam tu terus x turun2 solat lagi
    kecil hati katanya
    🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge