Teater Cus Cus Keretapi Si Lipan di ASWARA
Aktiviti cuti sekolah. Asyik duduk rumah jekan. Boring ye dok. Mak diaorg pun boring. Jadi kali ni bawa anak anak layan teater kanak kanak di ASWARA. Kakak ipar lecturer di sana jadi bila tahu ada teater ni terus ajak husband. lama betul tak melayan teater. jangan tak tahu kenalnya husband dulu pun di kelab teater . padahal kami dalam kuliah yang sama ,cuma course majoring je lain.
Tiket masuk teater ni murah je. Student RM5 , orang awam RM10. Mana nak dapat kan. Teater ni merupakan assignment student ASWARA. Jadi kita datang untuk support.
Best sangat teater ni. Teater muzikal jadi ada menari menyanyi. Anak anak memang suka la. Persembahan yang menarik dan banyak mesej yang disampaikan dalam teater ni. mesej ini la paling penting. kelakar , menghiburkan sangat.
Teater ni menceritakan pencarian badan badan keretapi yang bernama si Lipan. Dalam proses mencari badan si Lipan, mereka akan berjumpa dengan pelbagai gelagat manusia. Kerenah manusia zaman kini.
muka muka keriangan.. InsyaALLAH nanti kalau ada lagi teater di sini, Ainul bagitau ye. Hari tu lupa sangat.
masih berlangsung ke..kalau ada bgtau la..
Seronok tengok teater..lain dari yang lain… live kan.