The Malaysia Books Of Records Play Doh di One Utama

The Malaysia Books Of Records Play Doh di One Utama
Sabtu minggu lepas dapat jemputan untuk meraikan sambutan bulan Play Doh di One Utama dan sempena itu jugak Play Doh telah berjaya mencatat rekod di The Malaysia Of Records dengan penghasilan 1899 sculptures

Event bermula seawal pagi 9.30 pagi. Arreessa la paling excited sekali sebab dia memang peminat Play Doh. Ingat tak gadget Play Doh dia?  Nasib baik masa nak ke event tu dia tak jadi bawa segala gadjet Play Doh dia.

Nampak tak muka mak anak excited nak main Play Doh. hihihi
Tekun kan kami berdua.. Mak Arreessa pun excited sebab masa kecik takde nak main Play Doh ni. Play Doh ni memang bagus sebab kita akan menjadi FOCUS untuk menghasilkan sesuatu rekaan. Pemilihan warna yang sesuai, kombinasi warna untuk nampak menarik dan kena fikir nak buat sesuatu rekaan kena buat bentuk apa. Bulat , panjang ke. Bagus tau untuk kreativiti , focus, motor skill. Bukan anak anak sahaja tetapi orang dewasa juga. 

Maryam dan Arreessa memang Ainul dedahkan penggunaan Play Doh sejak kecil. Cuma untuk age Maryam kita kena perhatikan sentiasa. takut dia masukkan dalam mulut. Setiap pergerakan tangan mereka membuat bentuk dapat membantu motor skill otak mereka. 

Hasil rekaan Arreessa dan Maryam. Eh Maryam buat ke tu? hihihii.. Arreessa yang buat. Maryam model je. 
Hasil kreativiti kami hari tu. Konon nak buat butterfly tetapi nampak macam ulat beluncas je. Maafkan je la ye. Terlalu kreatif orangnya. Saya yang buat butterfly tu. hihhi
Tahniah kepada Play Doh kerana berjaya menghasilkan 1899 hasil rekaan semua yang hadir hari tu
Cantik kan hasil rekaan mereka. Tak sangka semuanya hanya dari Play Doh. Yang penting Play Doh membantu kita bebas berkarya. 
Untuk informasi mengenai Play Doh dan pemenang sempena Sambutan Bulan Play Doh , anda boleh layari website http://www.hasbro.com/en-my/brands/playdoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge