Tips ibu menyusu di bulan Ramadhan

Ramadhan semakin tiba. Ibu-Ibu yang hamil dan menyusukan anak mesti risau kan. Saya juga seperti itu dulu.Risau production susu akan merudum. Susu tak cukup untuk anak dan sebagainya. Dalam Islam, ibu menyusu diharuskan berbuka kalau risau memudaratkan kesihatan ibu dan anak. Jadi kalau rasa tak mampu dibolehkan berbuka. Tapi biasa la kalau boleh taknak tinggal puasa kan? malas betul nak mengganti.hehe

Berikut adalah tips untuk ibu menyusu dalam menghadapi bulan Ramadhan tak lama lagi

1. Minum Air

Sila minum air masak banyak-banyak semasa sahur dan berbuka. kekurangan air menyebabkan dehidrasi. Bila air kurang dalam badan maka badan akan jadi cepat penat


2. Sahur

Jangan tinggalkan sahur ye. Kalau boleh makan makanan yang mampu beri tenaga berpanjangan.tak kisah la nk makan nasi ke, roti ke oat ke janji kenyang dan memberi tenaga. Selain itu pasti makanan itu cukup nutrisinyer.

3. Makan kurma

Kurma bukan sekadar sunat dimakan tetapi kurma mampu memberi tenaga berpanjangan tau. Tahun lepas ainul mesti buat minuman ESP+cinch shakes + kurma..Yummyyy sedap dan mengenyangkan.Berbuka pun sunat makan kurma.

4. Banyakkan Buah Dan Sayur

Makan buah-buahan dan sayuran sebab serat membantu proses pencernaan.

5. Elakkan minum minuman kaffein atau berkarbonat

jangan minum kopi atau teh semasa sahur. Katanya kaffein dapat mengganggu penghasilan susu. Betul atau tidak bergantung pada anda. Sebab Ainul ambik kopi ok je susu tetap maintain. Cuma bila ambil shaklee ni, kopi kena ambik sejam selepas atau sebelum ambik supplement la.

Ini jawapan Pakar kanak-kanak bila ainul tanya pasal minum kopi ni. Hehehe org yang suka minum kopi memang suka nak tinggal kan 🙁

6. Zikir , Baca Al-Quran

Zikir, Baca Al-Quran bukan dapat pahala je tau tetapi kita akan lebih tenang.Bila tenang baru la susu nak keluar pun senang. Sambil pump tu jangan lupa ZIKIR YA WAHAB, YA KARIM
Percaya & YAKIN rezeki datang dari ALLAH.
Selamat berpuasa dan selamat menyusukan anak anda 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge