Tips travel ketika hamil supaya kekal bertenaga dan jelita

Pregnant kali ni la paling banyak sekali travel. Start je 2nd trimester boleh dikatakan setiap minggu travel dalam dan luar negara. Kalah p outstation masa bekerja. Penat tapi seronok sebab itu kerja kita.dan kerja bantu orang lain. 

Ke USS masa baru 8-9minggu. Alahan ada sikit. Siap naik Transformer punya tu. Nasib baik takde apa-apa yang berlaku,
Ke Brunei masa 3-4 bulan. Dirumah besan Sultan Brunei.
Semua tu sepupu Sultan Brunei dan baju Purple tu besan Sultan Brunei. Tengok la gambar di belakang.Tuah baby 🙂
Masa 7 bulan Ke Yogjakarta & Jakarta pulak
Saya dan anak-anak di Jakarta. Hi-5!!!
Selain tu travel dalam negara la. Lepas bersalin dah banyak plan menunggu. dalam dan luar negara. Siapa nak ikut jom la..
Apa TIPS saya semasa travel? Tak kira la dalam Malaysia atau luar negara

1. Kesihatan yang baik

Pastikan anda sihat. 1st trimester saya memang stop berjalan sebab saya ada alahan. Jadi duduk rumah rehat je. lagipun saya masih bekerja time tu. So susah la nak ke sana sini. Ke USS pun sebab habiskan cuti balance yang ada sebelum resign. kalau anda rasa anda mampu silakan. Jangan ikut orang..ikut badan sendiri. Saya yakin saya boleh saya pergi.

2. Surat Doctor

Kalau travel menggunakan kapal terbang sila minta surat doctor. Selalu kita minta surat bila pregnant dah masuk 27minggu ke atas. Kalau anda rasa awal-awal pregnant perlu minta kebenaran doctor pun silakan. Tanya dulu keadaan anda. mana tahu rahim tak kuat. Tekanan di atas boleh sebabkan keguguran. So sila take note ye. Saya tak minta masa awal-awal pregnant. Masa ke Yogjakarta 7 bulan pregnant baru saya minta. 


3. Kasut yang sesuai untuk travel

Sila PASTIKAN anda memakai kasut yang sesuai untuk travel. Jangan pakai heel, selipar pulak.  Ainul suka sport shoes sebab selesa dan tak sakitkan kaki. Sport shoes ni ada 2 jenis. tahu pun masa nak p beli kasut la. Ada yang design untuk bersukan mcm atlet punya dan ada khas untuk travel. Minta yang travel. 
Ini kasut saya la. Dah 2-3 tahun dah kasut ni tapi masih lagi tahan. Macam biasa mesti la PINK 🙂
Alhamdulillah pakai kasut ni lagi selesa dari pakai selipar. Cuma kadang-kadang panas, berpeluh sebab kasut tertutup.

4. Makanan

NO diet diet ok.. Travel kalau duduk je boleh la kot. Ni nak berjalan sana-sini tak payah nak diet. Dah banyak bakar kalori. Pastikan sarapan makanan yang berat. So ada tenaga la nak berjalan. Tengah jalan kang lapo bawa la bekal roti , biskut ke. Air mineral jangan lupa. Penting sebab takut dehydrated. Sentiasa minum air sikit-sikit. Time makan jangan skip. 

5. Vitamin

Ni extra kalau nak ambil. Saya memang ambil walaupun saya kuat makan.Sebab makanan sahaja tak cukup untuk saya. Mahu mahu extra. Hehehehe
Teman saya ketika hamil ni. Banyak bantu bagi saya kekal bertenaga. Penat travel pun takde la lemau je. Bukan nak badan je segar, muka pun kekal cantik walaupun pregnat.untuk husband jugak kan…
Tips travel cara saya . Semoga kawan-kawan yang suka travel tu pun dapat manfaat.  
Tak sabar nak travel ke destinasi seterusnya… Apapun kena tunggu bersalin la. Sekarang ni travel dalam rumah je.heheehe

4 Replies to “Tips travel ketika hamil supaya kekal bertenaga dan jelita”

  1. kannn klu mengadung tak payah la nak berdiet2 ni…coz kita mmg banyak bakar kalori time jalan2 tu kan…haah sy pun camtu…klu tak mengandung pun makan banyak masa bfast…hihi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge