Tips Untuk Ibu-ibu yang Belum Nampak Perubahan Setelah Consume Set Penyusuan SHAKLEE
Tips Untuk Ibu-ibu yang Belum Nampak Perubahan Setelah Consume Set Penyusuan SHAKLEE
Alhamdulillah. Saya paling bahagia apabila kawan-kawan yang mencuba Set Breastfeeding buat pertama kalinya terus mendapat hasil yang positif. Syukur sangat-sangat! Pada saya, sebenarnya keberkesanan tu adalah hasil penat lelah mereka, bukan kerana Shaklee semata-mata. Setuju?
Tapi, tak kurang juga yang tidak mendapat hasil yang mereka mahu, lebih-lebih lagi jika kawan-kawan saya ni sedang mengalami zaman kemelesetan hasil tenusu. Saya faham, semua orang kalau boleh mahu hasil yang cepat. Tapi, perlu diingat, vitamin bukan ubat, bukan dadah .. secepat mana hasil yang kawan-kawan mahu lihat depends pada kondisi tubuh dan usaha masing-masing.
Bagi yang mengambil Set Penyusuan Shaklee, ada TIGA PERKARA PENTING harus anda lakukan.
1.Minum 3 liter air masak sehari
2. Pam 3 jam sekali/ min 6 kali sehari
Notes : Bagi yang mahu relaktasi, anda harus pam setiap 2 jam dengan kekerapan 8-12 kali sehari sebelum mendapat rhythem yang anda mahukan.
3. Niat IKHLAS, DOA dan TAWAKAL
Ingat tau TIGA PERKARA PENTING ni. Sekarang mari kita lihat kenapa anda tidak mendapat hasil sebagaimana yang didapati dalam testimoni-testimoni customers kami yang berjaya :
1. Tidak amalkan 3 langkah diatas
2. Tidak tahu fungsi vitamin
3. Tidak sabar dan tamak
4. Berniat tidak baik
5. Tidak merujuk kepada pengedar yang sah
So, dah tahu puncanya, sekarang saya kongsikan tips yang saya harap dapat membantu kawan-kawan yang belum berjaya.
1. Buat checklist : pastikan ibu-ibu telah buat 3 langkah di atas, wajib.
2. Belajar tentang vitamin@supplement : ibu-ibu boleh menggali di blog saya berkaitan vitamin@supplement, tidak perlu membeli buku yang mahal mengenai vitamin @ supplement. Mesti tahu tentang vitamin@supplement apa yang anda makan, jangan jadi buta dan terus mendengar kata-kata mereka yang tidak pro-vitamin. Sangat sedih bila ibu-ibu tidak tahu apa yang di makan dan terus salahkan vitamin.
3. Bersabar : bukan setiap usaha kita terus membuahkan hasil, kesabaran itu sangat penting untuk mengatasi sesuatu masalah. Jangan terburu-buru.
4. Betulkan niat : berniatlah untuk berubat, bukan berniat untuk cari kesalahan penjual semata-mata. “Lillah hi Taala” dalam apa jua yang anda buat.
5. Dapatkan nasihat pengedar anda : dapatkan dulu nasihat dari pengedar anda, kerana kebiasaannya pengedar akan merujuk kepada Pakar Nutrisi Shaklee, bukan memberi maklumat tanpa asas yang betul. Bukan semua Doktor pro-supplement (sama juga bukan semua Doktor pro-breastfeeding) kalau tidak masakan ibu yang tidak cukup susu disuruhnya tambah dengan Susu Formula. Tepuk dada tanyalah IMAN
InshaALLAH. Sekiranya kawan-kawan ada masalah, kami sedia membantu. Kalau yang beli dengan saya mahu merujuk kepada mana-mana geng Shaklee yang lain, silakan. Kami semua sedia membantu, jangan risau. Mungkin anda selesa beli dengan saya tapi suka consultations dengan kawan saya. Ye tak?
Boleh hubungi saya di ainulfadzilah@gmail.com atau sms 013 361 2717 untuk keterangan lanjut atau membuat pesanan.
Yang Benar
AinulMustafa
Bukan Laktasi Kaunselor
Ibu yang Suka bercerita, berkongsi Pengalaman Menyusukan 2 orang anak