Ulangtahun Ke 6
Alhamdulillah..bersyukur semalam 3 July genap usia 6 tahun perkahwinan saya & husband. Berjaya melepasi 5 tahun pertama. Sekarang masuk fasa 5 tahun ke dua.
Orang Tua-Tua Kata, 5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1) Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta .Ada Je Yang Tak Cukup, Kena Banyak Belajar Sabar.
Masuk 10 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-2) Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti.
Teringat awal awal kawen, lepas je kenduri kawen beli rumah di Shah Alam. Masa tu duit dah habis untuk kenduri. Baki baki yang ada beli rumah. Memang sesak nafas la jugak. Nasib baik duduk dengan mertua kejap selepas kawen jadi boleh la saving sikit.
Bila masuk rumah, apapun takde. tidu atas tilam. makan atas lantai. Sedih masa tu. Beli barang rumah sikit sikit. Bila ingat balik rasa sweet pulak. hehehe
5 tahun pertama dalam perkahwinan.. masa untuk kita saling mengenali pasangan kita. Masa itu la nak tahu perangai masing masing. Tak sama macam zaman bercinta. Ini tidur sebantal, makan sepinggan ( ye ke.. takde la seromantikus mcmtu ) .. Gaduh tu biasa. Lidah lagikan tergigit..
5 tahun akan menguji kesabaran kita. Kena banyak bersabar , bertolak ansur. Selalu berkomunikasi. Sibuk macammana pun kita dengan kerja anak anak, kena pastikan ada masa berkualiti dengan pasangan
Cara Ainul mudah je. Masa zaman belum kawen kita dengan pasangan suka buat apa? macam kami suka main bowling, tengok wayang. Jadi lepas berkawen pun wajib buat benda tu.Kami pernah ambil cuti hanya untuk pergi tengok wayang. Anak hantar ke nursery macam biasa.
Berterus terang. Kalau ada apa apa masalah berbincang. tak puas hati cakap. jangan pendam lama lama. lagi pendam boleh terbakar rentung bila sudah tidak tertahan. Bahaya tau.
Kita dan pasangan bukan manusia yang sempurna. Kita ada kelemahan begitu juga dia. Allah temukan kita menjadi pasangan sebab kita saling melengkapi.
Suamiku yang bernama Muhammad Faiz
Terima kasih kerana menjadi suami yang paling ROCK, HEBAT , SEMPURNA untuk saya.
Di saat saya jatuh tersungkur.. awak peluk saya dan tarik tangan saya untuk cepat cepat bangun
Di saat saya berjalan .. awak pegang tangan saya untuk sama sama berjalan lebih laju
Di saat saya berlari.. awak pegang tangan saya takut saya bersungkur lagi
Di saat saya melompat.. awak bersedia menyambut saya takut saya tersembam dan tak mampu bangun kembali
Jaga jaga ketika menyambut saya.. saya gemuk takut awak tak larat ..hehehe
semoga kita akan membesar, tua & mati bersama ..
sweet paragraph yg last tu..tahniah ainul dan ninja..
Sweetnye…Happy annivesary kak ainul & husband..
Semoga kekal bahagia hingga syurga.