Weekend yang busy
Sejak jadi working at home mom ni sabtu ahad mesti penuh. Bukan penuh dengan jemputan kenduri atau berjalan shooping di mall tetapi penuh dengan kelas ilmu , berjumpa anak-anak shaklee. Sabtu Ahad lepas pun penuh. Ada je benda nak buat. pagi sampai malam. Tengok hindustan di hari sabtu? Tiada lagi dalam kamus hidup saya. huhuuhuuu
Hari sabtu pertama kali free dengan aktiviti luaran. Jadi kami suami isteri ambil keputusan untuk menjalankan MISI SUSUNATUR DAPUR dan SOHO . 5tahun kawen, 4tahun duduk rumah ni. ini la kali pertama susunatur besar besaran dilakukan. Hahaa nampak sangat la pemalas kan. Nasib badan 🙁
Petang sabtu pulak husband hantar abang ipar ke Kompleks Tabung Haji di kelana Jaya. tahniah abang ipar yang akan mengerjakan haji. Muda-muda lagi dapat rezeki buat haji. Minta doakan semoga kami juga turut dapat ke sana suatu hari nanti.
Hari ahad pulak hari sibuk sedunia. Dari pagi sampai ke malam jadual penuh. Kesian anak-anak ikut mama ke mana-mana termasuk ke kelas. Janji korang ada depan mata mama. So far kelas shaklee yang mama bawa mesra kanak-kanak. Arreessa pun suka sebab dapat jumpa kawan-kawan. Bukan emak je dapat ilmu. anak-anak pun dapat kawan-kawan baru
Pagi kami ke kelas Hj Roslan. Dekat Shah Alam juga.Jadi sempat la uruskan hal rumah.