You Can Be Anything Barbie

Siapa kat sini dari kecil nak sangat patung barbie? Ainul la tu.. Dari kecil nak sangat patung Barbie. Nak sangat jadi cantik macam Barbie. Sampai la sekarang terbawa bawa kepada anak pulak. Arreessa memang peminat Barbie. Anak patung Barbie dah berpuluh kot dekat rumah ni. Tak cukup dengan anak patung, bag, kasut pun nak Barbie juga. Kuatkan pengaruh Barbie ni?
Selasa lepas, Mattel telah mengadakan satu pelancaran Barbie: World of Endless Possibilities. 1 pameran Barbie akan di adakan mulai 6-12 June 2016 di Sunway Pyramid.  5 dekad lamanya Barbie banyak mempengaruhi kita dan anak anak. Bila nampak aptung Barbie jadi doctor kita nak jadi doktor cantik macam Barbie. Bila Barbie jadi princess kita pun nak jadi princess.
Dengan kempen ” You can Be Anything” , terdapat 180 patung Barbie dalam pelbagai kerjaya, docotr, penjaga zoo, angkasawan. Tahun ini, Barbie telah memperkenalkan fesyen patung Barbie dengan 3 saiz iaitu tall, curvy and petite. Terdapat 7 tona warna kulit, 22 warna mata yang berbeza dan 24 gaya rambut yang menarik.  terdapat 23 fesyen Barbie yang akan dipamerkan di Sunway Pyramid
Di pameran ini, dipamerkan koleksi Barbie dari awal kemunculannya sehimgga kini. Kita boleh nampak perubahan fesyen dari tahun ke tahun

Terima Kasih Mattel & Barbie untuk hadiah patung Barbie ini. Tak tidur malam Arreessa . Bertambah lagi koleksi Barbie dia.
Buat peminat Barbie, jom ke Pameran Barbie: World of Endless Possibilities Exhibition yang akan bermula pada 6 June – 12th June di  Sunway Pyramid, Orange Concourse.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge