Yuran Brainy Bunch 2018
Tahun depan maryam dah 4 tahun. Dah kena hantar p school la. Duduk rumah asyik ikut mama p cod, pos barang, window shopping kat Aeon je. hihi. Maka tahun depan kena la p school. Jumpa kawan kawan pulak.Arreessa dulu hantar Little Caliph. Maryam ni rasa macam nak tukar selera tapi belum pasti. Little Caliph sangat ok. Bukan ada apa apa isu untuk taknak hantar Maryam ke sana. Saja nak try tempat lain. Tapi belum pasti lagi. Kena survey la dulu.
Syarat Ainul dalam nak hantar anak ke tadika ni, sekolah tu mesti atas tanah. ada ek sekolah atas langit? hehe. Maknanya sekolah tu ada kawasan untuk bermain. Macam kat kawasan rumah teres ke bbanglo ke. tak mau jenis atas rumah kedai. Main dalam sekolah je. nak anak anak merasa main kat padang, playground sekolah.
Ni Ainul jumpa yuran untuk Brainy Bunch 2018. Harga lebih kurang LC je. cuma masa tu pagi je. Plan nak hantar Maryam petang. sama dengan Arreessa yang sekolah petang.
So far ok ke BB ni ek? Nampak ok je. Tidak la berharap Maryam pergi sana terus hebat membaca, mengira. Yang penting dia hepi, bersosial, belajar berdikari.nanti nak survey Little caliph pulak dengan beberapa tadika lain.
Belum decide BB ni. baru survey pro & cons setiap tempat.
mahal gak yurannya ye tapi mmg semua yuran tadika zaman skrg ni mmg mahal2 kan….mcm nak masuk U
standard la yuran dia kalau preschool mcm ni. Ada je yang murah lagi. tu la kena rajin survey. telan air liur je la nak membayar.huhuu
Samalah.. Thn dpan adik 5yrs..survey bb gak.. Thn ni di lc.. Abg n kakak sume lc.. Tp abg n kakak dah naik sk thn depan.. Tukar angin skit lah hihi
dah daftar ke BB ? Ainul tak pasti lagi sebab plan nak hantar petang je.
assalamulaikum … untuk perkongsian … saya hantar anak saya dari umur 2tahun ke salah satu bb di jb … sekarang umur anak 3tahun 8 bulan ….alhamdulillah anak saya skrg bole baca bacaan solat dengan terang dan lancar…. iqra’ 2 …. dapt menghafal surah2 pilihan yg agak pnjg serta maknanya in english …boleh mula membaca tapi masih merangkak … cuma kt sekolah agak reserved berbanding aktif di rumah …mungkin krn pljr ramai…. dah boleh lipat telekung sejadah n baju sekolah sendiri walaupun belum begitu kemas … pada pndpt saya bb ni kena tengok tempat … ada yg ok ada yg kurang sedikit kena survey lebih sikit … saya hntr anak 30mnt jauh dr rumah walaupun ada yg lebih dekat tapi saya tengok ‘aunty’ dia dulu … ramai juga yg muda dan kurang pengalaman … so far alhamdulillah saya berpuas hati … sabtu lepas ada graduation dan rata2 umur 6 thn bole membaca bahasa melayu dan english … yg tercicir mereka buat kelas tmbhn pd hujg mggu … wallahualam utk perkongsian ☺️
terima kasih Puan berkongsian pengalaman. betul kena survey tempat. setiap cawangan lain lain kan. anak saya masa di LC dulu pun mcmtu. lancar hafal surah, doa. english pun fluent. malah lebih baik dari saya bercakap bahasa inggeris.
sebagai seorang ayah, sy mmg nampak perbezaan dan perubahan yang positif kepada anak saya selepas belajar di BB. it is a good place to educate our childrean to be a good khalifah.
Alhamdulillah. sekolah mana mana pun sama kan, yang penting mereka happy.