Asam Pedas Ikan Pisang

Ikan Pisang? Boleh tak ni 1st ime Ainul dengar nama ni. hihi. Selalu ikan siakap, kerapu, kembung, selar dan lain lain yang biasa kita masak, jumpa kat pasar.

Semalam p Tesco nak beli ikan siakap. Arreessa nak makan ikan. Selalu beli siakap sebab besar, sedap, dan tulang tak banyak. Sekali tengok harga siakap !! Adoii RM18.99 per kg. Mak aiii mahal sangat ni. selalu ada time murah RM7 pun dah dapat siakap besar sekor. Tengok ikan lain macam selar, cencaru kecik kecik aje saiz. tak puas nak makan.

Sekali terpandang 1 ikan.. saiz agak besar. Comel je kat tepi tu. Ikan pisang nama nya.. Harga RM3.99. Besar gini harga murah bangat ni. Harus beli. hihi.

tapi nak masak apa ek? ….

Mak mak zaman moden..nak masak apa.. GOOGLE je la uolss. Sekali nampak ada resepi orang buat asam pedas. Ok cun la asam podas senang, bahan tak banyak. cara Ainul la ye. kalau nak follow betul betul resepi sebenar mungkin banyak sikit bahan

tadaaaaa… maka terhasilkan asam pedas hentam je la namanya. Bendi tomato bunga kantan takde. Mak campak je kacang buncis. All in 1. protein & sayuran. hihi

sebabkan asam pedas ada sedikit pedas dan Ainul ada anak anak kecil yang sorang suka pedas, sorang tak makan pedas makan kita potong 2 ikan tu. 1 buat asam pedas, 1 lagi goreng

Sedap ke? Isi ikan pisang ni putih. Masak asam pedas sedap tapi bila goreng rasanya pelik sikit. ni ikut tekak Ainul la ye.

Mungkin sesuai masak asam pedas, kari, gulai kot dari goreng je.

Korang pernah masak ke ikan pisang ni? meh la share resepi korang

2 Replies to “Asam Pedas Ikan Pisang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge