kenapa saya suka bawa handbag besar?

kenapa saya suka bawa handbag besar?

biasa la bila dah jadi mak mak ni. hangbag penuh dengan pampers, baju spare anak anak je.

Masa p jalan jalan tu la muntah la, sakit perut la. ada masa baju spare mak pun kena bawa sekali. huhuhu

Selain dok sibuk bawa baju spare jekkk.. saya tak lupa benda benda wajib ni

1. spek mata : kalau panas boleh pakai tp selalu anak anak hijack spek ni. stand by je la dalam bag buat selfie. huhuu

2. buku nota, pen : dalam kete atau p mana tetiba dapat idea untuk tulis blog, idea coaching maka terus tulis dala buku. comel tak buku ni? mami Hadhatina Mkb bagi. ini je la buku yang masih suci dari sebarang hasil kreatif anak anak. walaupun zaman canggih boleh taip guna hp ipong, samseng..evernote tapi iolss nak jugak tulis. tak puas taip taip ni.

3. biz card : yang kaler pepel tu biz card cover. almaklum la blogger femes. banyak event kena p. jadi stand by biz card sokmo.

4. makeup
p mana mana bukan la make up sangat. tp cukup la 2 benda ni alas muka. takde la keluar muka pucat macam hantu kak limah. sekarang beli yg murah murah je sebab 2 anak dara selalu diaorg yang guna make up. tu pun dah nak lingkup make up mak. redha je la nak oiii.. mak beli mac pun hangpa celup dalam toilet..

5. Makeup remover, deep cleanser NUTRIWHITE
takde la make up 10 inci tapiiii bila keluar muka harus terdedah dengan pencemaran udara, asap kereta, asap rokok yang boleh menyebabkan nurtisi kt muka ni makin hilang.
sebab itu kena basuh dengan makeup remover. lepas tu cuci dengan deep cleanser .

Bila jalan jalan , lepas cuci dengan nutriwhite kulit muka akan rasa moist, bersih dan segar.

6. Herba Blend
Masa jalan sakit perut la, kena itu ini. kena gigit nyamuk la. wajib bawa ni. sapu dan cepat rasa lega

lagi lagi maryam ada kulit sensitif. panas sikit mula la kulit kering, naik ruam. herbal blend sentiasa bawa untuk pastikan kulit dia moist je.

banyak lagi sebenarnya vitamin yang Ainul bawa ke sana sini.. lagi 1 benda wajib bawa hand sanitizer. Ainul buang cecair dalam tu, cuci bersih bersih dan isi dengan basic h + air

lagi selamat dalam nyahkan segala bakteria, virus. confem bebas bahan kimia. dah la terdedah dengan banyak bahan kimia bila dok kt rumah, ni tambah spray dengan bahan kimia. ishhh kenot tau.

Korang selalu bawa apa vitamin, atau krim bila keluar? meh sini share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge