Kerja Amal Di Rumah Warga Emas Darl Insyirah Bangi Bersama MVM

Beberapa minggu lepas Ainul berpeluang join Social Media Gathering bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) buat kerja amal di Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah Sungai Ramal Dalam, Kajang

1st time join aktiviti amal macam ni. teruja sangat. terima kasih kelab blogger ben Ashaari yang beri peluang pada Ainul join . Memang dah lama teringin nak buat aktiviti macam ni. Alhamdulillah berkesempatan akhirnya

Di aktiviti ini, kami diberi beberapa kumpulan untuk buat pelbagai aktiviti. Ainul terpilih untuk mengurut bonda bonda di sini.

Aktiviti mengurut bonda di sini. sambil mengurut borak borak kisah bonda. sekali bonda ni orang teluk panglima garang sekampung dengan nenek sebelah husband.

Bonda bonda di sini kebanyakkan masih ada anak anak. Anak anak hantar mereka ke sini dengan alasan terlalu sibuk. Ada bonda di sini yang strok, terbaring tak mampu uruskan diri sendiri. Di sini ada nurse yang menjaga mereka

Masa solat zohor, kami berpeluang solat berjemaah dan bersama kami hari tu Dr Robiah. Kali ke dua jumpa Dr Robiah. Kali pertama kami sama sama jemputan di Semanis Kurma TV9

Dr Robiah bagi nasihat, motivasi mengenai solat. betapa penting solat ni. walaupun kita terbaring sekali pun mesti wajib solat.

Nampak tak bonda yang terbaring sebelah atas katil tu. Dia ada strok. memang tak boleh bangun. Masa kami sama sama potong rambut dia, dia menangis nak kan anaknya. Sebak sangat masa tu. teringat kat mak.

Bagi kaum lelaki, mereka ditugaskan untuk membuat kebun di belakang pusat penjagaan ni. Akhirnya nampak suamiku memegang cangkul.hihihi

terima kasih suami yang paling supportive. sentiasa bagi sokongan dan bantu dalam apa jua yang Ainul nak buat..

Kagum dengan adik adik yang semuanya lagi muda dari Ainul dan suami. Muda muda lagi aktif buat kerja amal. Tahniah korang. teruskan lagi ye,

Antara sumbangan yang kami terima hari itu. Sempat kumpul sumbangan dari geng geng Shaklee.

Sekiranya korang ingin menyumbang atau menaja barang-barang keperluan tersebut, bolehlah menghubungi MVM disamada ;

1) Hubungi Yazid MVM- 013-355 6211
2) Emailkan di salam@mvm.org.my

ataupun sekiranya ingin menaja didalam bentuk wang ringgit, boleh disalurkan ke

Akaun : Maybank
Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
No acc : 56480 164 7699
Email : socialmediagathering@gmail.com

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat.

Anda boleh menaja warga emas ini melalui link

🔻https://www.billplz.com/smtg

Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah Sungai Ramal Dalam, Kajang

FB : https://www.facebook.com/MyDarulInsyirah/timeline

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke;
DARUL INSYIRAH
Maybank : 5628-3463-1731

One Reply to “Kerja Amal Di Rumah Warga Emas Darl Insyirah Bangi Bersama MVM”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge