Organic Fried Chicken Lagi sedap Dari KFC?

Dah lama tak makan fast food terutama ayam goreng ni. Nak makan masak sendiri je. Tapi bila terdengar ada restoran ayam goreng yang meyediakan ayam organic rasa teruja pulak nak cuba. Ok la sekali sekali..setahun sekali.hihi

Kebetulan pulak Restoran Organic Fried Chicken ni baru dibuka dekat Star Avenue Lifestyle Mall dekat Bandar Pinggiran Subang. senang je nak jumpa Restoran ni. Dekat dengan escalator .

Dekorasi Restoran ni sama seperti restoran fast food yang lain dan menarik ada tempat bermain anak anak. tempat pertama anak anak tuju bila masuk je restoran ni.  sesuai sangat tempat makan dan bermain.

Harga makanan Organic Fried Chicken

Harga standard seperti restoran fast food yang lain. Ada ayam goreng set , burger dan tambahan yang menarik adalah chicken chop. selalu nak makan chicken chop kena p restoran western. kat sini ada jual chicken chop set. Ayam semua organic di sini

Kenapa ayam organic ni bagus? Ayam organic ni selalunya dibela dan diberi makan makanan yang baik. dan yang penting ayam itu tidak disuntik. Ayam organik ni tiada suntikan hormon yang membahayakan kesihatan, Ayam organik yang kurang lemak mempunyai protein yang lebih sihat,

Apa yang Ainul makan di Organic Fried Chicken?

sedap ke 2 pilihan makanan ini? jom tengok review kami.

bagi Ainul rasa ayam dia sedap. isi lebih pejal berbanding ayam biasa. Paling suka chicken chop. kuah black papper sos dia manis pedas. sedap la dengan tekak Ainul. Arreessa pun suka. 
Jom bawa family datang makan ke sini. memang berbaloi
No Lot L1-11 Ground Floor, Star Avenue Lifestyle Mall,, 47000 Sungai Buluh, Malaysia

One Reply to “Organic Fried Chicken Lagi sedap Dari KFC?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge