Riang Ria Buat Biskut Raya Dengan Kellogg’s

10 hari di Ramadan 2015. Orang pun sudah sibuk mencari baju raya. dan ada juga yang sudah mula buat biskut raya. Kalau buat awal takde la kelam kabut nanti. Teringat zaman kecik kecik buat biskut raya dengan mak dari sahur sampai berbuka. Penat tetapi seronok. Kenangan yang tidak boleh lupa sampai bila bila.

Aktiviti tahunan sekarang, bila tiba bulan Ramadan mesti akan bersama sama kawan kawan rapat Ainul buat biskut raya. Tahun lepas buat di rumah Ainul dan Ainul tukang tengok je. Dalam pantang bersalin. Tahun ni aktiviti membuat biskut raya di buat di rumah Nurul.

Tahun ni kita buat biskut raya menggunakan Cornflakes Kellogg’s. Ainul suka jenama Kellogg’s sebab cornflakes dia lebih rangup. Jadi bila kita bakar akan lebih sedap dan lebih rangup.

Cornflakes Kelloggs Madu 

Bahan A
  1. 125gram Butter
  2. 1 cawan Susu pekat 
  3. 1 cawan Madu 

Bahan B
  1. 1 kotak Cornflakes Kellogg’s
  2. 1 cawan Badam
Bahan C

Mangkuk kertas kecil
Cara Penyediaan yang sangat senang

  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170’C selama 8-10 minit.
  4. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi yang sesuai di buat bersama anak anak. Arreessa excited sangat dapat tolong mama buat biskut raya. Umur 5 tahun ni memang sudah faham erti raya. Mula mula tak pakai tudung bila nak susun mangkuk kertas. Bila time nak masukkan cornflakes dalam mangkuk kertas, Ainul suruh Arreessa pakai tudung. Kebersihan paling utama kena jaga. Sambil masukkan cornflakes sambil makan. hihi

Hasilnya tadaaaaa…..

Korang boleh letak sprinkle atau ceri untuk hiasan bagi cantik lagi ye. Senang je kan.. Wajib buat. sebab ianya senang dan sedap. Pastikan cornflakes Kellogg’s ye

Parfait Berlapis Kellogg’s Cornflakes

Bahan
  1. 1 kotak cornflakes Kellogg’s
  2. 2 sudu besar madu
  3. 30ml  susu
  4. 250g cream cheese
  5. Strawberi 


Cara penyedian Parfait Cornflakes

1. Hancurkan cornflakes. Jangan terlalu halus ye. kasar kasar sikit. supaya nanti kita boleh rasa crunch cornflakes
2.  Masukkan madu ke dalam cornflakes hancur tadi. Gaul dan bakar pada suhu 170 darjah.
3.  Bila cornflakes siap dibakar, masukkan ke dalam gelas 
4.  Susun lapis paling bawah dengan cornflakes
5. Kemudian lapis cream cheese yang dipukul bersama susu sehingga kembang
6. Letak strawberi di atas lapisan cream cheese.
7. Ulang step lapisan cornflakes, cream cheese dengan strawberi sehingga siap
8. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk 30 minit sebelum dihidangkan.
Parfait ni sedap dimakan sejuk. memang sedap la. Jadi masa raya nanti menu yang Special boleh dihidangkan untuk tetamu

Ternyata Kellogg’s Corn Flakes yang diperbuat daripada jagung sebenar mampu memberi extra keranggupan dan rasa lebih enak!! Dan paling penting kedua resepi yang saya kongsikan memang sangat praktikal ~ mudah dan sedap,

Untuk pengetahuan semua, bulan Ramadhan tahun ini sekali lagi Kellogg’s telah memperkenalkan lapan (8) resipi biskut Kellogg’s Cornlakes edisi terhad. Seperti tahun sebelumnya Maria Tunku Sabri, pengacara program menjamu selera TV terkenal telah berkerjasama dengan pihak Kellogg’s untuk menggalakkan pengguna supaya mencuba resipi biskut Kellogg’s Corn Flakes dan juga mengunjungi trak sampel di lokasi yang terpilih, dan seterusnya membuat ikrar untuk menyumbang biskut kepada anak-anak yatim pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Trak sampel Kellogg’s akan berada di bazar Ramadan, pasaraya ria dan pasar raya bermula dari 17hb Jun hingga 10hb Julai 2015. Pengunjung yang mengunjungi trak sampel ini juga boleh menyaksikan demonstrasi membuat kuih secara langsung oleh pakar pembuat kuih yang berbakat, bagi memperlihatkan pelbagai cara Corn Flakes boleh digunakan untuk membuat kuih dan biskut.

Selebriti Maria Tunku Sabri akan turut hadir di beberapa lokasi trak sampel yang terpilih seperti

  •  Sogo KL, 12 Jun (11pagi-4ptg)
  • Giant Batu Caves, 13 Jun (1-3ptg)
  • Giant Stadium Shah Alam, 14 Jun (1-3ptg)

Di sepanjang bulan Ramadan, setiap kotak Kellogg’s Corn Flakes di pasaran akan memaparkan dua daripada lapan (8) resipi biskut edisi terhad: Crunchy Kellogg’s Corn Flakes Drops, Corn Flakes Bread Fingers, Cranberry Corn Flakes Cookies, Coconut and Corn Flakes Crunch, Layered Corn Flakes Parfait, Chewy Nutty Corn Flakes Squares, Cheesy Corn Flakes Melts, dan Cheesy Pandan Cake.

Anda semua dijemput mencuba biskut  Kellogg’s Corn Flakes dan membuat ikrar untuk menghantar biskut kepada anak-anak yatim pada tarikh dan di lokasi berikut:

Selamat Berpuasa dan membuat biskut raya dan masa yang sama boleh beramal kepada mereka yang memerlukan.

#AinulMustafaProductReview

******************************************************************************

Jika mahu Ainul Mustafa Review Product anda sila hubungi di 013-3612717 atau email ainulfadzilah@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge