11 Tips Memilih BreastPump Yang Bagus Dan Sesuai

11 Tips Memilih BreastPump Yang Bagus Dan Sesuai

Breastpump merupakan benda yang mesti para ibu ada terutama ibu ibu yang bekerja. Walaupun tak wajib sebab ada para ibu yang menggunakan teknik marmet untuk pump susu tetapi penggunaan breast pump banyak membantu ibu bekerja dan suri rumah menjimatkan masa dan boleh dilakukan di mana mana sahaja.

Adakah breast pump yang baik , bagus adalah breast pump yang mahal? Pengalaman saya sendiri yang pernah menggunakan breast pump yang berharga ribuan, ratusan dan puluhan ringgit. Jangan tak tahu pump yang harga puluhan ringgit juga mampu membantu saya mendapat 12oz sekali pump

11 Tips dalam pemilihan breastpump yang bagus dan sesuai dengan kita

1. Bajet

Bajet amat penting untuk anda sebab bagi mengelakkan pembaziran, anda perlu sediakan berapa bajet untuk membeli pam susu ini. Daripada bajet ini anda boleh selidik terlebih dahulu breastpump mana yang memenuhi bajet. Ada kalanya anda bertuah kerana ada sesetengan penjual breastpump membuat tawaran promosi harga. Macam saya cakap tadi pump yang berharga RM70 juga bagus tau

2. Jenis

Anda perlu tahu Pam Susu ini ada beberapa jenis seperti Pam Manual, Pam elektrik, dan Ada juga Pam Elektrik beserta bateri. Jika Anda memilih Pam Manual, ia memerlukan tenaga fizikal dan mental. Tetapi Pam Manual ini agak murah berbanding Elektrik.

Manakala Breastpump elektrik pula, ia amat memudahkan anda untuk mengepam susu dan tidak memenatkan. Sesuai dengan harganya yang agak mahal daripada pam manual.

3. Keselesaan

Aspek Keselesaan begitu penting untuk di ambil kira dalam pemilihan Pam. Pam yang selesa mempunyai corong pam yang dilekapkan ke payu dara mempunyai alas getah yang lembut.  Cuba ibu-ibu cari yang ada sediakan silicon ‘Breast Shield’ sekali.

Ada sesetengah kedai menjual breast pump menyediakan perkhidmatan untuk kita mencuba pump tersebut sebelum membeli. Jadi anda boleh mencuba dan rasa sendiri sama ada selesa atau tidak.

4. Daya Tahan – Heavy Duty

Untuk memastikan penggunaan pam yang tahan lama, Breastpump yang Heavy Duty harus menjadi pilihan. Sebagai Ibu bekerjaya sudah semestinya anda akan menggunakan Pam Susu ini lebih 3 kali dalam sehari. Jadi, anda kena pastikan motor breastpump adalah jenis Heavy Duty. Jangan lah sesekali memandang pada harga murah tanpa mengambil kira aspek ini.

5. Daya Hisapan – Suction

Breastpump yang bagus adalah pam yang mempunyai ciri hisapan seperti bayi menyusu. Pam sebegini dapat membantu ibu untuk menghasilkan pengeluaran susu dengan lancar dan banyak. Di samping itu, suction begini paling selesa dan tidak menyakitkan.

6. Alat Ganti

Sebaiknya, ibu perlu pilih pam yang mempunyai bahagian yang mudah ditanggal dan dipasang semula supaya anda dapat membersihkan pam tersebut. Pastikan pam yang di beli mempunyai alat ganti pam yang dijual dengan mudah sekiranya alat ganti sedia ada rosak.

Ibu juga kena ‘alert’ bagi pam elektrik perlu kerap di ‘servis’ dalam tempoh waktu tertentu.Dan paling penting pembelian breastpump anda telah mempunyai jaminan/waranty.

7. Bunyi

Breastpump yang mempunyai bunyi yang senyap atau kurang bising perlu di ambil kira. Bagi ibu bekerjaya ia tidak akan mengganggu suasana di penjabat ketika anda sedang menggunakan pam.

8.Mobiliti 

Sebagai ibu yang aktif dan bekerjaya, breastpump yang dipilih mesti fleksible dan mudah di bawa kemana sahaja.

9.Single Pam atau Double Pam?

Di pasaran terdapat juga breastpump yang dijual samada single pump atau double pump. Jika anda seorang ‘EP Mum’ – Ekslusif Pumping Mum atau juga penyusuan susu ibu yang konsisten, saya sarankan untuk memilih Pam jenis Double Pump. Ini kerana anda dapat mengepam kedua belah payudara dalam masa yang singkat.

10.Jenama

Banyak jenama Breastpump yang ditawarkan di pasaran. Terpulang pada anda untuk memilih. Cuba ‘google’ setiap jenama dan dapatkan review daripada ibu-ibu yang telah digunakan. Antara jenama popular di Malaysia adalah seperti Medela, Autumnz, Lacte, Spectra, Pureen, Snow bear dan banyak lagi.

11. Saiz dan berat

Saiz dan berat sesebuah pam adalah berbeza. Jika anda sering membawa pam ke banyak tempat saya sarankan untuk memilih Pam yang ringan,tidak besar dan mudah di bawa.

Semoga tips ini dapat membantu anda semua dalam membeli breastpump. Biar alah membeli menang memakai.

Info from >> Pamapedia 

Saya menyusukan anak pertama sehingga 3 tahun 6 bulan. Berjaya menyusukan dia walaupun saya bekerja sebagi jurutera. Selalu outstation, keje di site dan stok ebm takde pun..

Jika anda ingin kan TIPS PENYUSUAN IBU BEKERJA dari saya sila hubungi saya di                013-3612717 atau email ke ainulfadzilah@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge