12 Tips Mudah Memasak Sahur Dan Berbuka Di Bulan Ramadan. Jimat Masa & tenaga
Ramadan hampir tiba. Pasti para isteri dan ibu ibu sibuk memikirkan apa menu yang sesuai untuk berbuka dan bersahurkan. Sebagai isteri balik sahaja kerja sampai rumah terus berperang di dapur. Begitu jugak dengan sahur. Seawal 4pagi sudah bangun siapkan makanan.
Ainul nak berkongsi dengan anda tips mudah untuk kita lakukan seupaya masa memasak dapat dijimatkan. Memasak kejap je tetapi persiapan untuk memotong, siang , blend itu la ambil masa.
Jadi tips ini di kongsi untuk memudahkan kerja kita. Jimat masa dan tenaga
1.Rancang Hidangan
Adalah penting untuk merancang menu terlebih dahulu. Ada yang suka merancang menu bulanan, ada yang merancang menu mingguan. Apapun, rancanglah menu yang mudah disediakan.
2.Sediakan Senarai Barang Belian
Semak keperluan resepi anda dan pastikan barangan yang diperlukan mencukupi. Perhatikan juga tarikh tamat tempoh supaya masih boleh digunakan apabila diperlukan nanti.
3.Manfaatkan masa hujung minggu/masa lapang
Gunakan masa lapang anda untuk menyediakan stok simpanan anda supaya tidak terkejar-kejar semasa hendak memasak.
4.Kupas bahan-bahan rempah/herba
Kupaskan bawang merah, putih, besar (anggaran untuk kegunaan seminggu) halia, lengkuas, kunyit dan lain-lain lagi. Potongkan bahan yang hendak anda gunakan dalam masa terdekat dan selebihnya disimpan dalam cling wrap dan dimasukkan dalam peti ais supaya tahan lama.
5.Sediakan Perencah/cili kisar
Masakan Malaysia kebanyakannya menggunakan cili kisar dan perencah seperti bawang kisar. Potong cili dalam 2cm dan buang biji, kemudian dibasuh. Selepas itu direbus cili tersebut dan kemudian dikisar. Simpanan dalam bekas simpanan kecil-kecil supaya tidak mudah rosak. Boleh juga dicampurkan dengan bawang ataupun diasingkan.
6.Cili tumis
Untuk menjimatkan lebih masa, anda juga boleh menyediakan cili tumis dengan cara menumis cili anda dengan minyak, garam, sedikit cuka sehingga airnya kering kemudian disimpan dalam bekas kecil-kecil atau dalam botol. Boleh digunakan apabila perlu tanpa perlu menunggu cili masak kerana sudahpun dimasak terlebih dahulu.
7.Simpan sayur-sayuran
Sayur-sayuran tidak perlu dibasuh supaya tahan lama. Sebaiknya disimpan dalam kertas suratkhabar ataupun foil. Potong siap-siap jika anda mahu lebih cepat. Pastikan juga wap panas dikeluarkan dahulu sebelum disimpan dalam peti ais supaya tidak mudah kekuningan.
Penyimpanan ikan: Ikan perlu dibasuh dan dibersihkan daripada darahnya. Kemudian disiang dan disimpan asing mengikut keperluan supaya tidak perlu dinyahbeku kesemuanya apabila mahu digunakan. Untuk menyegarkan ikan yang sudah dibekukan bolehlah direndam menggunakan susu segar.
8.Penyimpanan makanan laut
Basuh makanan laut anda dan bersihkan seperti biasa. Kemudian disimpan mengikut keperluan.
9.Penyimpanan ayam
Ayam dibasuh dan diasingkan organ dalaman sekiranya ada. Kemudian dipotong dan disimpan mengikut keperluan.
10.Penyimpanan daging
Daging boleh disimpan dalam aluminium foil tanpa dibasuh mengikut keperluan masakan.
11.Stok telur
Jika ada telur yang sudah dipecahkan, bolehlah disimpan dengan menambah sedikit garam/gula dan disimpan dalam bekas bertutup.
12.Sambal Belacan
Tumbuk bahan dan simpan dalam peti ais. Apabila hendak dimakan, barulah campur dengan perahan asam limau/ limau kasturi.
***********************************************************************
Jika anda sedang hamil atau menyusukan anak. Mahu tips puasa penuh Ramadan ini boleh hubungi saya di 013-3612717. Pengalaman saya puasa penuh ketika sarat mengandung 9bulan dan ketika menyusukan anak sehingga 3 tahun 6 bulan
suka tips nie