16 Days Photo Challenge Day 2 : Something blue

16 Days Photo Challenge Day 2 : Something blue

Cabaran terlepas katanya..maap la ye. Cabaran hari ke 2 adalah sesuatu yang biru.. apakah something blue tu? 

AURA WARNA BIRU

Kewangan dan Kerjaya

  1. Personaliti biru tidak begitu menunjukkan kecenderungan minat terhadap wang yang banyak.
  2. Personaliti biru mengambil masa untuk membuat keputusan. Mereka berfikir dengan semasak-masaknya tentang sesuatu masalah. Fikiran mereka pula haruslah sentiasa dalam keadaan yang tenang. 
  3. Walaupun mereka lambat mengambil keputusan, tetapi keputusan yang diambil mereka akan bermanfaat kepada semua orang.
  4. Personaliti ini sukar hendak berfikir secara analitis. Hal ini kerana cara personaliti ini berfikir ialah dengan banyak melibatkan perasaan atau emosi berbanding dengan fikiran mereka.
  5. Biru mahu sesuatu keputusan yang diambilnya itu akan mengembirakan semua orang. Ini menjadikan mereka menjadi rujukan dalam isu yang melibatkan ramai pihak. Cara mereka berfikir dan menyelami sesuatu isu menjadikan mereka pandai memilih keputusan yang tepat untuk keharmonian semua pihak.
  6. Personaliti ini juga merupakan pendengar yang baik. Mereka mudah untuk memahami masalah orang lain dan masuk ke dalam alam tersebut. Mereka mampu memberi sokongan kepada orang lain. Mereka merupakan tempat yang sesuai untuk berkongsi masalah.
  7. Personaliti biru perlu berupaya untuk mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka berharap dapat mewujudkan satu persekitaran yang harmoni dan pasukan yang bekerja sebagai pasukan. 
  8. Kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti biru adalah guru, juruterapi, bidang perubatan, jururawat, ahli psikologi, penulis, penasihat, penyelia, pengurusan administrator, setiausaha, sukarelawan dan pegawai kebajikan.

BERMINAT WARNA BIRU

Sekiranya anda menyukai biru, ia menggambarkan anda mahu lebih terhubung dan mesra dalam sesuatu ikatan atau perhubungan. Anda juga peka pada perasaan orang lain dan mampu menghayatinya. Anda senang berbicara dan lebih terbuka bagi membina kenalan baru namun anda terlalu berhati-hati dalam memulakan langkah anda dengan lebih yakin. Anda bijak menilai serta pandai mengatur bahasa kata bagi mentafsirkan penilaian anda itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge