5 Cara Redeem Point Kad Kredit Maybank
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Last week Ainul pegi redeem point kad kredit. Buat pertama kali selepas 5 tahun guna kad kredit baru sibuk nak redeem. Mula mula jenuh jugak nak fikir nak redeem apa periuk nasi ke, vacuum ke atau voucher je. Last decide ambil voucher sebab voucher boleh beli macam macam termasuk periuk nasi.
Ada beberapa cara nak redeem kad kredit ni. Antaranya
1. Maybank2u
Korang pergi ke Maybank2u korang dan cari reward. Ada form kena isi dan fax kepada Maybank. Cuma ambil sedikit masa la untuk dapat barang yang korang redeem
2. Superbuy
Korang boleh shopping di sini dengan redeem point kad kredit maybank . Apa yang boleh redeem? Boleh refer sini http://www.superbuy.my/maybank2urewardspoints/ untuk tahu apa barang yang ada dan point yang diperlukan. Senang je kan
3. Call Maybank Service Centre
Korang boleh call je service centre Maybank. Bagitahu no kad kredit dan mereka akan check berapa point kita. Kita boleh terus beritahu nak redeem apa. Nanti mereka akan terus uruskan dan tunggu je barang sampai. Akan ambil masa 2 minggu barang sampai.
4. Parkson
Kalau korang nak shopping FREE di Parkson, boleh la bawa kad kredit korang tu ke Customer Service Parkson. Berikan kad kredit dan IC kepada mereka dan anda terus boleh dapat voucher Parkson. Bestkan.. Boleh terus beli baju baju 🙂
5. Maybank Card Centre
Cara lain untuk mendapatkan redeem voucher secara cepat, pantas adalah ke Maybank Card Centre. Ada beberapa cawangan Maybank card Centre ni dan salah satunya ada di The Gardens Midvalley.
Ada 4 outlet untuk spot redemption
1. Maybankard Centre at Menara Maybank Level 1, Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur
Tel: 1300 88 6688
2.Maybankard Centre KLCC Branch Lot C–21–C Concourse Extension Suria KLCC KL City Centre 50088 Kuala Lumpur
Tel: 0320260239
3. S-208B, 2nd Floor, The Gardens Mall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
Tel: 03-22888988
4. Maybank Centre at 1 Utama Lot G-341B, New Wing, 1 Utama Shopping Center, Petaling Jaya Selangor
Tel: 037728 5451
Mungkin korang ada pengalaman redeem dengan cara lain boleh la kongsi kan ye. Untuk manfaat bersama di masa akan datang.
ingat boleh check guna maybank2u je…kalo boleh nak check cepat dan mudah.,..hihi
boleh check point kat m2u
Guna maybank2u senang je 🙂 Tapi nak kena faks pula ye..kalau email boleh ke?
cik Jaja recently posted…Cara Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi Tanpa Laser
ni tahun 2015. 2017 ni mungkin dah boleh rasanya.