Redeem Point Kad Kredit Dengan Cepat

Redeem Point Kad Kredit Dengan Cepat
Assalamualaikum & Selamat Pagi
Entry lepas Ainul ada share cara macammana nak redeem point kad kredit Maybank. Boleh baca SINI balik kalau termiss ye.  Dalam banyak cara Ainul pilih cara yang paling cepat, pantas dapat redeem point. Ainul suka redeem voucher. Dengan voucher boleh beli apa sahaja. Barang dapur pun boleh beli. Jimat duit kos beli barang dapur sebulan.
Ainul memilih Maybank Card Centre di The Gardens Midvalley sebab paling dekat dengan rumah, dah biasa area sana. Maybank Card Centre ni berada di Level 2 The Gardens. 
Disini bukan bank untuk masuk keluar duit tau. Memang khas untuk kad kredit. Kalau nak apply kad kredit pun boleh. Bawa document yang perlu dan dalam masa yang sama boleh terus dapat. 
Untuk redeem point ni korang kena bawa kad kredit dan ic. Berikan kepada pegawai bertugas dan dia akan check berapa point yang kita boleh redeem
Lepas tu korang boleh pilih nak voucher apa. Tesco, Aeon Jusco , Aeon Big ke. Pilih yang mana 1 berkenan
Lepas dah confirm yang mana satu pilihan hati bagitahu je dekat pegawai bertugas. dengan segera dia akan keluarkan buku voucher…
dan terus boleh dapat voucher shopping. Apa lagi?? Jom Shopping !!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge