6 tips penjagaan luka episiotomi supaya tidak tertetas dan perlu dijatih semula tanpa dibius
Episiotomi adalah satu prosedur semasa bersalin di mana faraj si ibu akan digunting sedikit bagi memudahkan proses kelahiran.
Semasa prose kelahiran, koyakkan pada vagina boleh jadi teruk/ banyak sekiranya proses meneran tidak betul. Maka si ibu memerluka jahitan yang banyak serta penjagaan yang teliti ketika berpantang supaya jahitan tidak tertetas atau terbuka.
ramai ibu dalam pantang yang terpaksa mengalami pengalaman memeritkan apabila luka jahitan terbuka dan terpaksa di jahit semula. Malah jahitan semula adalah tanpa dibius.
7 tips penjagaan luka episiotomi supaya tidak tertetas dan perlu dijatih semula tanpa dibius
1. Kebersihan
Pastikan kebersihan alat sulit dijaga. Bersihkan luka setiap kali selepas ke tandas & tukar tuala wanita dengan kerap (lalukan air bersih kepada luka, ‘dap’ dengan tisu bersih untuk keringkan dan jangan sapu atau gosok luka tersebut).
2. Keringkan
Jika berpeluang, ambil masa dalam sehari untuk membiarkan luka TERDEDAH supaya luka mengalami pengudaraan yang baik.
3. Rendaman air garam
Ambil segenggam garam dan larutkan dalam satu jag air panas, kemudian campurkan dengan air biasa supaya campuran tersebut menjadi suam dan tuangkan di dalam besen. Duduk di dalam besen tersebut selama 10-15minit
4. Elakkan SEMBELIT
Minum banyak air dan makanan yang kaya dengan fiber. Ini kerana kerap meneran semasa membuang najis boleh mengakibatkan luka meregang dan terbuka
5. Makanan berkhasiat
Makan makanan yang berkhasiat bagi mendapatkan NUTRIEN penting untuk penyembuhan luka
6. Senaman
Lakukan senaman KEGEL’S iaitu senaman kemutan untuk menguatkan semula otot-otot pelvis
Video yang menunjukkan bagaimana Episiotomi di lakukan
besarnya pengorbanan ibu melahirkan…. sakit lagi kena gunting lagi… patut lah derhaka pada ibu tu lebuh besar dan lebih berat lagi..
ibu adalah dayang Allah…
Najib ariyan: kena gunting tu tak rasa apa2. tak sedar pun doctor gunting sebab sakit contraction lagi sakit dr kena gunting.