6Hari 5Malam: Melahirkan Ariana Maryam 6 July 2014

6Hari 5Malam: Melahirkan Ariana Maryam 6 July 2014

5 July 2014 5 petang

Pertama kali menjejakan kaki ke labour room. Kalau dulu melahirkan Arreessa kena tolak masuk OT. yang nampak lampu bilik operation je. badan kaku kena bius. Kali ni berbeza. Kena sorong dengan wheel chair dari wad ke labour room. Hati berdebar.. takut, excited dan semua perasaan ada. 

Sampai ke labour room. Kemas dan nampak selesa. Tak tahu la labour room hospital lain kan.hehee..Kelihatan doctor, nurse berbaju biru.Berbeza dengan doctor dekat wad. Nurse hulurkan baju putih. Salin pakai baju ni.Masuk bilik air salin dan buka semua baju yang ada. Hanya pakai baju putih itu sahaja. Keluar toilet..nurse tegur ” baju terbalik tu ” ..hehehheeee malu pulak. salah pakai rupanya. Salin balik 

Doctor Ben datang. Dia doctor dekat wad. Nampak dia rasa lega sebab dia je yang saya kenal. Lagipun dia sempoi je. Saya sukaaa.. Dia datang dan pecahkan air ketuban. Nampak 1 batang putih yang panjang. nak pecahkan air ketuban ye puan. Adakah sakit? Cuba tenangkan diri dan fikirkan benda lain. Dalam hati asyik sebut tak sakit. Contraction lagi sakitttt.. Alhamdulillah memang tak sakit. Tetiba je rasa ada air keluar.Suam je rasanya.

Nurse datang pasangkan CTG, drip air dan sekali sekala masuk check blood pressure. Contraction masa tu masih lagi mahu dikawal. Nurse pesan kalau sakit sedut gas ni. Doctor masuk tanya nak epidural tak? Saya menolak.Takpa saya mampu tahan

Waktu hampir 7.00malam. Waktu berbuka puasa hampir tiba. Husband tak bawa pulak apa-apa bekalan untuk berbuka. Cafe tutup. Mahu ke pasar ramadan saya tak bagi. Takut terberanak dia tiada disisi. Contraction makinnnn kuat. Sangat kuat. sedut gas pun tak jalan. Saya cuba teknik pernafasan tapi semua tak jalan. Bergegar besi katil. Waktu tu hanya mampu menagis menahan sakit. Ya ALLAH ..ini la dikatakan sakit paling sakit selepas mati. Memang sakit. Doctor masuk dan check baru 5cm. Ya ALLAH!! 

Doctor check CTG..contraction HIGH sangat waktu tu. Patut dah buka 9,10cm dah… Doctor pujuk ambik epidural dan kena cepat sebab kalau dah 6cm dah tak boleh. Saya taaaaak boleh nk fikir. Mula taknak lepas sakit datang nak sangat.. Lagi 1 saya terpikir scar lama czer dulu. Kalau dia pecah macammana? kang tak pasal kena czer lagi. Saya tanya husband.. Husband tak kisah sebab yang saya yang tanggung sakit sekarang. Apa jua keputusan dia sokong. 

Akhirnya saya ambil epidural walaupun dah saat akhirnya. baru 5cm ni.. Doctor bius datang. Bila Nak sain untuk pengesahan tu tetiba pandangan saya jadi putih.kepala pusing dan macam separa sedar. Masa kena injek epidural pun tak sedar sangat. macam tidak berada di dunia nyata.huhuhuu

Epidural bukan la 100% tak sakit. masih terasa sakit.Tapi saya mampu tahan lagi. Maybe sebab lambat ambik kot. tetiba saya sedar jam menunjukan pukul 10 malam. eh bila masa tertido ni.

Jam 11.30malam doctor masuk dan bukaan sudah 10cm. Terus nurse dan doctor bersiap sedia. Saya masih blur lagi.apa nak buat ni?? hahahaha

PUSH!!! serius tak tahu nak push mcammana.huhu… banyak kali push. husband pun sekali menjerit suruh pushhhhh.. 

Akhirnya doctor terpaksa vacum sikit sebb saya tak habis tenaga dan tak rei push…huhuhuhuhuuu sedih rasanya

Saat doctor tarik baby dan letak di atas dada. YA ALLAH !! 1 nikmat yang tidak boleh digambarkan dengan kat-kata. Aku berjaya bersalin normal. itu yang saya cakap dalam hati.

Lahirla Ariana Maryam Binti Muhammad Faiz pada 6 july 2014 padajam 12.17pagi dengan berat 2.46kg

Baca lagi kisah pengalaman melahirkan Ariana Maryam Secara Induce, Bersalin Normal Selepas Pembedahan

Part 1 : https://www.ainulmustafa.com/2014/07/6hari-5malam-part-1.html

Part 2 : https://www.ainulmustafa.com/2014/07/6hari-5malam-pengalaman-melahirkan.html

Part 3 :  https://www.ainulmustafa.com/2014/07/6hari-5malam-melahirkan-ariana-maryam-6.html

One thought on “6Hari 5Malam: Melahirkan Ariana Maryam 6 July 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge