7 Tips dari Pengalaman Bengkak Susu Semasa Berpantang Bersalin
Bengkak Susu adalah sesuatu yang SANGAT Sakit dan memeritkan. Siapa yang pernah kena tahu la azabnya. Nak pakai baju pun sakit tau. Serius sakit dan stress..
Korang bayangkan breast bengkak macam batu. nak pump sakit, pegang lagi la sakit. Nak marmet pun menggigil tahan sakit. Sayangi la isteri anda yang banyak menanggung sakit. Sakit bersalin, berpantang, bengkak breast. Para isteri sabar dan tabah la hadapi dugaan sebab Allah nak bagi Pahala Besar.
Kalau dah bengkak tu apa nak buat? Kena buat sesuatu bagi susu keluar kalau tak boleh jadi nanah.Kalau dah tahap nanah tu kena buat operation buang breast..eh bukan buang breast tapi buang nanah tu la. Dengar cerita Ifa Raziah menderita sakit sebab ni la. Suu banyak, breast bengkak tapi tak cuma nak pump or bagi baby minum. Makan ubat untuk hilangkan rasa sakit bengkak. Oh! Jangan ye. Sakit macammana pun kena pump or bagi baby minum
7 Tips yang saya lakukan ketika menghadapi bengkak susu
1. Kerap menyusukan bayi
Bila dah bengkak tu kena bagi baby menyusu. Sakit macammana pun kena tahan sebab bengkak akan surut bila susu makin keluar. Pastikan juga baby minum susu di kedua belah breast. Minum sebelah sampai habis dan baru minum yang sebelah lagi.
2. Urut dengan Sikat
Petua orang dulu dulu la kan.. Sikat breast dengan sikat. Sikat menghala ke puting. Berjaya ke? saya buat sekali dua je. So tak tau la tahap keberkesanan sebenar. Mungkin kena kerap buat
3. Tuala Panas
4. Mandi Air panas
Mandi dengan air panas. Jangan la panas menggelegak pulak. Suam dan sesedap rasa badan kita. Setiap kali mandi saya akan mandi air panas. Serius kurang rasa sakit sikit.
5. Teknik Marmet
Teknik yang paling berkesan selain dari pump susu. Tapi…. kena tahan sakit la ye. Nurse DEMC tolong marmetkan untuk Ainul. Ya ALLAH menggigil tahan sakit. Nak menjerit segan. huhuuhuhu
Walaupun sakit tapi hasilnya sangat hebat. Susu akan memancut keluar
6. Pump
Ramai cakap tak boleh pump susu tapi saya pump jugak. Ainul beli pump manual anakku je. Murah sangat RM70 kalau tak silap. Murah tapi power. Ainul suka sebab pump manual ni kita boleh adjust ikut keselesaan kita. Suction dia lebih baik dari electric. So jangan fikir pump murah tak bagus ye.
7. Makan Lecithin
Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat. Boleh baca artikel bagaimana lecihin bantu dalam bengkak susu : Lecithin treatment for recurrent plugged ducts
Ainul pun makan lecithin. Ramai kawan yang cadangkan makan Lecithin. Jadi try la 3biji. Allahuakbar susu menitis keluar sikit demi sedikit. Lega rasanya.