Air Upin Ipin Mengandungi dadah adalah PALSU
Air Upin Ipin ni sememangnya kegemaran Arreessa. Kalau pergi ke kedai atau restoran Upin Ipin mesti nak ambil air upin ipin. Baru baru ni tergempar bila ada viral yang mengatakan dalam air upin ipin ini mengandungi dadah. malah ada bukti menunjukan ianya positif dadah.
satu sidang media telah diadakan oleh syarikat Les’ Copaque Production untuk memberitahu kepada umum berkaitan dengan isu kandungan air minuman Upin & Ipin yang dikatakan mengandungi dadah jenis Ketamin.
“Berita mengatakan pengedar dadah menggunakan botol minuman Upin & Ipin memang betul. Mereka menggunakan bukan sahaja botol minuman Upin & Ipin tetapi banyak lagi jenama lain yang terkenal. Usaha mereka telah tertangkap dan pihak Polis sudahpun membuat pengumuman” ulas Tn Hj Burhanuddin Md Radzi selaku Pengarah Urusan Les’ Copaque Production.
Oleh kerana ia dikeluarkan oleh pengedar dadah, sudah tentulah ia dijual dikalangan penagih dadah dan tiada di pasaran biasa. Oleh kerana itu, semua minuman kami yang berada di pasaran sudah tentu selamat diminum dan masyarakat tidak perlu lagi meragui kesahihan tentang kandungan air minuman itu yang dijamin selamat.
Malangnya terdapat penyebaran viral yang mengatakan minuman Upin & Ipin kami mempunyai dadah dan membahaya untuk diminum. Ini amat mendukacitakan kerana pihak kami menjadi mangsa. Minuman kami dijamin selamat untuk diminum. Diharapkan semua peminat kami dapat membetulkan keadaan ini dan terus menyokong usaha kami.
Terima kasih
Haji Burhanuddin Md Radzi – Pengarah Urusan Les’ Copaque Production
Fitnah itu lebih dosanya..
semoga perkara ini tidak berulang lg..