Aktiviti Cuti Sekolah Kem Solat Di Shah Alam
Cuti sekolah akan tiba beberapa hari je lagi. Cuti sekolah kali ni hanya 1 minggu sahaja. Dari 14 Septmber 2024 sehingga 22 Septermber 2024. Jadi apa plan aktiviti anak anak cuti sekolah ni? duduk rumah je ke? Jadi saya nak ajak ibu bapa untuk hantar anak anak ke kem mantapkan solat dan tajwid di Masjid Setia Alam Shah Alam
Solat merupakan tiang kepada agama. Seperti yang terdapat Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Β βSolat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.βΒ (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Maka jelaslah solat merupakan perkara dan ibadah yang paling penting dalam Islam. Tetapi sayangnya hari ini, ramai di kalangan remaja kita memandang enteng tentang solat. Dari kajian yang dijalankan oleh Kepimpinan Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) pada tahun 2013 mendapati hanya 30% dari remaja kini yang menunaikan solat cukup 5 waktu. 70% lagi tidak menunaikan solat langsung atau tidak cukup 5 waktu.
Ini pada 2013 ye. dan sekarang 2024 agak agak ianya makin bertambah atau makin berkurang?kita pun tak tahu kan . Apapun tanggungjawab kita ibu bapa untuk berikan ilmu agama pada anak anak. Lagi musim cuti sekolah anak anak duduk di rumah, kita di tempat kerja. Oleh sebab inilah kita nak mantapkan lagi solat merka dan tajwid agar bacaan solatnya lebih baik
Aktiviti Cuti Sekolah Kem Solat Di Masjid Setia Alam, Shah Alam
PEMANTAPAN SOLAT & BENGKEL TAJWID REMAJA
Bebaskan anak Kita Dari Statistik Ini !! Jom Join Cuti Sekolah Kem Solat
Kita tahu bahawa solat itu tiang agama. Kita selalu diperingatkan bahawa barangsiapa yang memperbaiki solat, dia memperbaiki keseluruhan hidupnya. Ulama-ulama dan asatizah berkata, barangsiapa yang tak jaga solat bererti dia tiada akaun bank.
Pahala ini ibarat mendapat gaji. Solat kita ibarat akaun bank. Bagaimana nak letak gaji itu kalau tak solat dan tiada akaun bank? Bagaimana nak letak segala pahalanya sebab tiada akaun bank untuk disimpan?
Pada tahun 90-an(1991-92) saya bertanya dan mengkaji. Pada masa itu saya dapati sekitar 17-20 % tak jaga solat 5 waktu, atau yang 80 % yang tak solat langsung. Ramai orang bertanya, ramai yang marah.
Tetapi kajian akademik pula menunjukkan statistiknya tak lari jauh. Kalau tak salah saya, pada tahun 2000, UKM membuat kajian. Sahabat saya Prof. Shamsul Amri Baharuddin yang buat kajian, mendapati statistiknya tak jauh beza iaitu 23 % rakyat Malaysia menjaga solat 5 waktu. Jadi pada tahun 90an hingga 2000, trendnya tak lari jauh. ~ Dr Fadzilah kamsah