Berkelah di Tam Chalet Sungai Kampung Janda Baik Pahang

Cerita ni dah lama tapi lupa nak publish. hehhe.. Bulan Mac bulan kelahiran mak tersayang. Jadi kami adik beradik pun plan la apa nak buat ni ye. saja la sekali sekala celebrate kat luar. Macam macam punya plan maka terhasil lah idea nak berkelah di Janda Baik. Mak pulak asyik cakap nak ke sana je. Ainul pun tak pernah sampai Janda Baik ni. Dengar orang cite cantik, sungai best. Teringin la juga. Plan nak bermalam tapi last minit punya plan dan cuti sekolah maka banyak chalet, homestay yang dah penuh. Oklah kita p berkelah je la

Berkelah di Tam Chalet Sungai Kampung Janda Baik Pahang

Nak ke Tam Chalet ni , korang guna waze, goole maps pasti sampai. ni kawan yang cadangkan. boleh sewa pondok kt sini. 1 pondok RM30 kalau tak silap. Adik sampai awal jadi pondok pondok banyak kosong. Kami pun ramai jadi dia book 2 pondok. Pondok betul mengadap sungai. Sungai tak besar sangat tapi ok, bersih, cantik . Toilet semua pun ada.

 

Berkelah di Tam Chalet Sungai Kampung Janda Baik Pahang

 

cantik kan sungai dia. tak dalam jadi sesuai untuk anak anak. redup, sejuk dan memang best la. sangat privacy bagi kami. oklah tak ramai sangat datang sini. kami datang pagi jadi orang tak ramai sangat lagi.

Berkelah tak lengkap tanpa makanan sedap. kami adik beradik pakat bawa sorang siit. ada tugasan bawa itu ini. Ainul bawa tauhu bergedil. Ainul order dengan Bro Framestone. Ayah suka sangat. banyak kali la order. sambal kicap dia sedap padu giler. korang wajib cuba

 

ni ada no contact untuk tauhu bergedil. boleh contact tokay dia ye. Ainul order je. isi penuh puas makan.

 

 

Kek semua ni adik Ainul yang order. jadi tak tau la contact nya siapa. Mak , kakak masak lauk, nasi. Rezeki makan hari tu. Seronok bila semua dapat berkumpul. Seorang je yang tak dapat balik.

 

 

tadaaa nilah birthday girl. hehehe.. Semoga mak diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki. Sambut sekali dengan anak adik. tapi macam biasa lah cucu cucu yang beria dari opah kan

 

 

Ainul , kakak dan 3 adik perempuan. Adik lelaki ada 2 orang. sorang tak mau bergambar sebab sibuk makan, sorang lagi tak dapat join. 5 orang perempuan kami. orang selalu ingat kawan kawan. hehehee. Syukur semua sekepala. dari bab pinjam baju, tukang tegur kalau fesyen teruk, teman gosip, teman nangis, teman meroyan .

Berkelah di Tam Chalet Sungai Kampung Janda Baik Pahang sangat best. dan saya sangat rekemen kawasan ni. selesa, bersih dan best. sewa pondok pun murah dan sesuai untuk berkelah sesiai keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge