Alfarabi Band Year End Gig
Jumaat malam husband ajak p layan Alfarabi Band Year End Gig . Dah lama tak mengikut husband p event macam ni. Dulu zaman berdua rajin la. Bila ada anak kena fikir banyak kali. Yelah gig ni selalu dibuat kat tempat yang ehmmm.. faham faham la ye. Ni Alfarabi band buat di studio diaorang je. Dah biasa ke sana jadi sesuai la bawa anak anak
Nak masuk kena bayar RM20 sorang. Dewasa je. kanak kanak FREE.
Alfarabi ni muziknya metal tapi liriknya keagamaan. Husband memang suka metal ni. Ainul layan je. Anak anak pun sebab dah biasa sejak dalam perut , mereka pun dah biasa. Studio ni selesa dan mesra kanak kanak. Ada playground lagi.
Peminat cilik Alfarabi Band. Kusyuk dengar dari mula sampai habis. Lagu pun siap hafal. k lah lirik pun bagus. Ada mesej yang bagus. Bukan lagu cintan cintun biasa biasa je.
kepada peminat Alfarabi band ni, korang boleh dapatkan merchandise mereka di sini.
Siapa minat Alfarabi band ni next gig jom kita pergi.