Anak 2 tahun Sudah Tahu ABC, 123 . Tips Anak Pandai
Alhamdulillah bulan ni genap Dahlia 2 tahun 6 bulan. 2 tahun ni macam macam dah pandai. Pandai merajuk, pandai cari gaduh, pandai marah kakak. Rasa macam dia cepat sangat membesar. Membebel no 1 walaupun masih pelat lagi cakap nya. Tapi kita faham apa yang kita nak cakap dan dia pun faham apa yang kita cakap, faham arahan
Sejak masuk 2 tahun dahlia dah mula kenal huruf dan number. Dia tahu mana A, W . Malah susunan huruf selepas pun dia tahu. Dia pergi sekolah ke? Ramai yang tanya Ainul ni bila tau Dahlia dah kenal huruf.
Dia dari lahir Ainul jaga. Sambil bekerja sambil jaga Dahlia. 24jam dengan Ainul je.
Setiap pagi tinggal dia je kat rumah. Arreessa dan Maryam ke sekolah. Bila dia bangun je sambil sarapan febret cartoon dia Peppa Pig, Doc Mcstuffins . 2 cartoon ni boleh dikatakan setiap hari dia tengok
1. Layan Carton yang Berbentuk Pendidikan
Kalau orang dengar Peppa Pig tu nampak macam tak bagus sebab pig kan. Tapi cartoon dia bagus tau. Simple english yang anak boleh apply untuk harian. Alhamdulillah Dahlia pun boleh berbahasa Inggeris dengan baik selain tengok cartoon ni dia memang speaking dengan kakak kakak dia.
2 cartoon ni boleh bagi anak korang tengok. Kalau anak lelaki boleh bagi Paw Patrols, Go Jetters
2. Baca Buku Sebelum Tidur
Sebelum tidur Dahlia suka baca buku. Ainul memang letak 3 buah buku kat katil. Jadi sambil baring baring tu kami baca buku. Buku ni Dahlia yang pilih dia nak buku apa. Jadi bila dia yang pilih dia suka. Membaca buku sebelum tidur pun membantu tidur kita juga kan.
3. Pengaruh Kakak Kakak
Kelebihan anak no 3 ni bila ada kakak kakak yang rajin ajar dia. Kakak buat kerja sekolah dia pun nak buat juga . Cabarannya adalah lebih kepada kacau kakak buat kerja sekolah. Memang mencabar la. Sampai buku kakak kena conteng. Padahal dia pun ada buku, pensil warna.
Yang bagus nya dia rasa dia pun nak membaca, mewarna macam apa yang kakak kakak buat.
Selain tu kita parents kenalah tunjuk contoh. Kalau kita pun asyik mengadap handphone je main game. Anak pun nak handphone la juga
4. Pemakanan WAJIB Jaga
Bab ni Ainul memang tegas dengan anak anak. Pemakanan yang baik akan membentuk diri kita. Tegas tu bukanlah sampai tak boleh makan langsung jajan, megi, gula gula. Tapi kontrol bukan setiap hari dapat makan
kat rumah ni hanya ada air masak sahaja. tiada kordial air manis. Kalau makan kt kedai sekali sekala baru dapat order milo ais, air teh . itu pun order 1 je dan kongsi.
Fast food memang jarang anak anak makan. Nak ayam goreng mama masak kan. tapi bukan lah tak pernah makan langsung. Cuba jarang dan biasakan anak anak dengan susah nak dapat makan fast food ni. So far diaorang dah biasa. dan tak minta nak kfc, mcd
5. Supplement
dari dalam perut Dahlia dah biasa dengan supplement sebab mak dia makan kan . Bila dia dah 1 tahun Ainul mula bagi supplement untuk dia as support. Walaupun tak makan fast food semua tapi ianya belum cukup. sayur buah berapa sangat mereka makan setiap hari. memang tak akan pernah cukup nutrisi untuk anak anak.
ini supplement yang Ainul bagi anak anak makan dari kecil. Ainul yakin nutrisi yang cukup akan membantu sel sel otak berhubung, emosi stabil dan mereka akan lebih focus. Arreessa pun dah 7 tahun makan supplement dia. Sebab Ainul mula makan Shaklee sejak dia umur 2 tahun
Semoga perkongsian ni dapat membantu anak anak semua cepat belajar.