Pengalaman Cabut Gigi Bongsu & Tips Elak Bleeding, Sakit Selepas Cabut

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu & Tips Elak Bleeding, Sakit Selepas Cabut

Sakit gigi !!!! dia punya sakit berdenyut denyut kalah nak beranak huhu. Dah lama gigi bongsu atas Ainul ni sakit. Pernah jumpa dentist masa scaling dan beritahu pasal gigi bongsu Ainul. Dia cakap takde problem cuma gigi sensitif sebab tu sakit. Jadi dia cadangkan guna ubat gigi khas untuk gigi sensitif. Ainul pernah guna sensodyne rapid relief dan Colgate Pro- Relief. Ainul suka lagi colgate. Masa sakit tu boleh letak sikit ubat gigi tu pada gigi. membantu legakan.

Masalah gigi Ainul adalah dia dah pecah separuh dan berlubang. jadi efek saraf dan sebab tu gigi gusi jadi sensitif. Salah makan sakit sangat. Adoiii

 

 

Sampailah 1 malam tu berdenyut denyut tak boleh tidur. Stress betul sakit gigi ni.  Esoknya terus ajak suami p klinik gigi. Plan nak p UTC je sebab ingat kena tampal je. setakat tampal p UTC jelah senang kan. dan nak merasa p UTC . Ramai cakap ok.

Klinik Gigi UTC Shah Alam

Klinik gigi UTC Shah Alam buka pukul 1 petang sampai 10 malam. orang jangan datang pagi pulak. Pukul 1 baru pintu dibuka dan ramai juga orang. Ainul dapat no 8. dan sesi pendaftaran sekejap je. dan masa menunggu doktor panggil pun tak lama mana pun. Oklah kan. kalau KK mau berjam menunggu je

Masuk ke bilik Dentist. Dia check gigi dan dia cakap boleh je tampal tapi gigi bongsu ni kalau tampal nanti akan makin teruk. Jadi dia bagi pilihan nak tampal juga atau cabut. Ainul terus cakap cabut je. kang tampal dan kemudian sakit balik adoii sengsara weii

So bila dah decide nak cabut, doktor bius. di sebabkan belum makan lagi, doktor suruh makan dulu. lepas makan masuk balik.

dengan mulut kebas nya p la makan kat food court atas. Mampu telan waffle je sepotong.

dah siap makan masuk semula ke bilik dentist

Dentist mula lah nak cabut gigi bongsu Ainul ni..

 

Maka drama bermula lahhhh dimana gigi Ainul akakr dia kuat dan doktor tak boleh nak cabut huhu

setengah jam doktor try macam macam cara, macam macam playar keluar tapi gigi tetap degil. ” uihh kuat gigi awak ni ”

Tak lama lepas tu datang doktor ke 2. dia pun jenuh macam macam cara nak keluarkan gigi ku. Segala peralatan keluar. Adoiii masa tu tak sakit pun . Yang sakit sebab bibir kena playar, apa entah alat yang diaorg guna nak keluarkan gigi.

Rasa mau sejam baru gigi berjaya dikeluarkan.  rasa macam nak beranak pulak. hehehe

Punyalah lama proses nya nak tau berapa kena bayar? RM1 je uolss hahahaa

Kalau p private mau beratus beribu ni.

So far puas hatilah dengan Klinik gigi UTS Shah Alam. Tak lama pun menunggu. dan servis doktor pun bagus. yang lama sebab gigi saya yang kental nak keluar hehe

 

Tips Elak Bleeding, Sakit Selepas Cabut Gigi Bongsu

Selepas cabut doktor kan bagi kita kain kasa/kapas untuk kita gigit. Jadi korang gigit betul betul. jangan malas sebab penting untuk elak pendarahan. Ainul gigit dalam sejam.

Selepas sejam , baru tukar kapas tu dan Ainul telan pill killer. Walaupun belum sakit Ainul terus telan.

Selepas tu jangan kumur, makan benda keras, benda panas

Gosok gigi pun jangan ganas sangat

dan benda penting juga adalah jangan korek, pegang tenpat yang dicabut tu dengan tangan. tangan kan kotor takut ada bakteria pulak. Biarkan je.

Alhamdulillah Ainul buat ni jadi tiada bleeding, tak sakit pun selepas ubat bius habis. Pill killer Ainul makan 1 kali tu je.

Doktor ada bagi antibiotik juga kat Ainul . yang tu Ainul makan sampai hari ke 5.

 

Sekian saja pengalaman cabut gigi bongsu. jangan takut jumpa dentist ok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge