Rahsia Mak 58tahun kekal Cantik Jelita

Rahsia Mak 58tahun kekal Cantik Jelita

mak Ainul pun makan Shaklee tau . Mak makan dah lama. lebih kurang 7 tahun sama dengan Ainul lebih kurang. Febret mak vitamin C, GLA, Ostematrix dan vivix

mak Ainul di usia 58tahun. cantikkan dia. Mak Ainul memang jaga kesihatan, suka makan supplement sejak muda. tapi sejak kenal Shaklee dia sendiri cakap berbeza sangat dengan makan supplement lain. berbaloi beli dan sampai sekarang dia konsistent makan vitamin Shaklee

mak anak 7 orang cucu 13orang

 

Kewujudan kedutan, pigmentasi dan kulit kering adalah masalah biasa oleh individu berusia 50 tahun dan ke atas. Sama ada wanita atau lelaki yang melebihi umur 50 tahun boleh menyerlahkan kecantikan mereka dengan cara yang semula jadi.

8 tip penjagaan kulit secara semula jadi

1. Gunakan pelembap untuk kulit kering

Pakai pelembap udara dan losyen. Ia membantu melembapkan kulit dengan cara mengikat air pada lapisan kulit. Cari pelembap sesuai.

2. Jauhi rokok

Rokok menyebabkan penuaan lebih awal. Rokok mengandungi bahan kimia yang dapat mengurangkan pengaliran oksigen pada kulit. Ia juga mengganggu penyerapan vitamin C yang diperlukan kulit.

3. Kurangkan terdedah panas cahaya matahari

Elakkan terdedah matahari mulai jam 10 pagi hingga 2 petang kerana waktu itu sangat kuat. Ia boleh menyebabkan garis halus, bintik coklat dan perubahan warna kulit semakin ketara.

Pakaikan topi, lengan baju dan seluar panjang serta cermin mata gelap jika berada di luar rumah.

4. Guna krim pelindung matahari.

Gunakan produk SPF30 atau lebih untuk melindungi gelombang ultraviolet pendek (UVB) dan Ultra Violet A (UVA). Ia membantu mengurangkan kedutan, warna kulit yang tidak sekata dan risiko kanser kulit.

5. Diet sihat, minum air

Pastikan ikuti diet sihat dan vitamin A, B, C, E dan K menerusi makanan seperti bayam, kekacang, biji-bijian, lemon, limau, jus anggur dan buah-buahan. Air mengurangkan hidrasi. Minum antara enam hingga lapan gelas air sehari untuk menghilangkan racun pada tubuh.

6. Produk antipenuaan

Bahan pentapeptida yang ada dalam kebanyakan produk yang baharu, membantu mempercepatkan pembentukan sel kulit, menghasilkan kolagen dan menegangkan kulit.

Krim retinoid yang mengandungi vitamin A efektif dalam mengurangkan kedutan, mencerahkan kulit dan pertumbuhan sel kulit.

7. Tidur mencukupi

Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi, iaitu antara tujuh hingga lapan jam. Ini untuk mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata, kulit pucat dan mata bengkak serta masalah lain.

8. Rawatan kulit

Suntikan botox, pengupasan kulit, pengisi kedutan dan laser dapat menghilangkan kesan kedutan dan melicinkan kulit muka dan masalah lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge