Resepi Ketam Masak Cili Telur Senang & Sedap

Ramai suka makan ketam kan. Anak anak pun suka. Husband je tak berapa suka. Ainul suka semua makanan.hehehe. Dah lama anak anak request nak makan ketam mama masak. tapi malas nak masak salah 1 nya kita nak kena kopek untuk diaorang.  asyik kena kopek untuk anak anak je kita nak makan pun tak enjoy. hihihihi.

Hari tu p pasar dan teringat permintaan anak anak so carilah ketam. Sesekali oklah. hari hari pengsan mama.  nak beli ketam pun kena tengok bulan tau. baru dapat ketam isi meriah. kalau salah bulan isi tak banyak rugi.

Tips Nak Beli Ketam Yang Banyak Isi

  1. Beli masa bulan mengambang. dalam bulan Islam mesti tarikh 14-15 bulan Islam. Atau kalau malam tu korang tengok bulan penuh bulan mengambang maka masa yang sesuailah cari ketam. Orang cakap masa ni ketam mengawan. entah betul ke idok. Tapi isi memang penuh dan ada telur lagi.
  2. Beli ketam betina tau. baru banyak isi. Ketam jantang tak banyak isi. macammana nak tau jantan ke betina? tengok gambar kat bawah

 

 

masa beli ketam ni perasan yang betina gemuk gemuk. Besar besar ketam kalau beli masa bulan yang betul. Harga pun mahal la sikit sebab memang time yang bagus beli kan

Balik dari pasar, plan nak masak sambal ke masak lemak?

Anak anak minta masak sambal. febret diaorang. Baik anak anak . Mama masakkan makanan kegemaran korang. Bagi anak happy, makan banyak

Resepi Ketam Masak Cili Telur Senang & Sedap

cara nak masak ni senang je. Ainul punya masakan mostly buat yang senang je tapi insyaALAH sedap. Bila bekerja dari rumah ni setiap saat berharga. tapi tak bermakna kita tak boleh masak sedap untuk anak suami kan.

boleh klik video ni. Ainul tunjuk step by step. dan cara Ainul masak takde sukatan. hentam je dan agak agak je nak masuk berapa sudu berapa banyak. terlajak pedas kita tambah gula, terlebih garam kita balance dengan gula asam.

 

 

Selamat mencuba. Kalau korang ada resepi ketam, boleh letak di link bawah ni ye. boleh la bertukar resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge