Cara Settlekan Hutang kereta Buat Full Settlement

Cara Settlekan Hutang kereta Buat Full Settlement

Akhirnya Berjaya Settlekan Hutang Kereta 4 tahun Lebih Awal. Tahun lepas bulan 3 saya dah berjaya settlekan hutang kereta ni. Syukur 4 tahun lebih awal dari yang ditetapkan.  Perasaan happy,puas hati, lega dan terus rasa ringan bahu kepala otak yeahhh. Saya nak kongsikan Cara Settlekan Hutang kereta Buat Full Settlement . semoga membantu kawan kawan yang bercadang nak buat full settlement

Call bank tanya baki semasa 

Sebelum p bank Ainul call bank dulu tanya baki semasa dan beritahu kita nak buat full settlement.  Orang bank akan tanya bulan bila kita nak buat fullsetlement. Sebab ada kiraannya so lagi awal lagi banyak rebate la kan. So korang agak agak la bila nak bayar tu. Nanti pegawai bank tu akan beritahu baki yang korang kena bayar. Jadi siapkan duit ye. Oh ya nak call bank ni kena call bank yang korang buat loan dulu kat mana. Bukan call centre ye. Macam Ainul dulu buat di Public Bank Kelana Jaya jadi kena call Bank kat sana.

 

P bank Yang Korang Buat Loan

Macam Ainul buat kat Kelana jaya so kena p Bank kat Kelana Jaya walaupun duduk Shah Alam. Macam ayah Ainul buat loan kereta masa bekerja di Perlis. So bila nak settlekan loan kereta kenalah ke Perlis buat.

Ainul p sana bawa segala document yang ada. bawa je sebab kita tak tau mana yang di nak kan. So Ainul bawa semua. Geran yang da pada kita semua bawa. IC korang jangan lupa.

Sampai sana jumpa Pegawai yang uruskan loan kereta. Selalu ni kat opis. P sana beritahu nak buat full settlement. Pegawai akan kira balik baki semasa yang korang kena bayar.  Pegawai tu tanya ” kenapa nak bayar cepat? nak beli kereta lain ke? ” hehehe

Senyum jelah cakap ” eh takdelah. still kereta ni cuba nak habis bayar je ”

Macam Ainul , duit ada dalam Maybank. Loan di Public Bank. Jadi bank berbeza. Kena beritahu Pegawai tu ye. tapi selalunya dia akan tanya.  Bila bank lain kita kena p yang ada duit kita tu kena keluarkan money draf ke apa entah lupa dah. hahaha. takpa nanti pegawai tu akan bantu. Yang penting ada duit dalam acc hehehe

 

Settlekan pengeluaran duit dari bank

Bab ni bukanlah kena keluarkan cash ye. ada sekeping kertas je. Bank yang ada duit kita tu akan keluarkan 1 money draft untuk bank yang kita buat loan. Selepas dah settle bawa slip tu ke bank yang kita nak settlekan loan

 

P kaunter pembayaran

Balik ke Public bank. Nasib baik dekat je. Kaunter pembayaran ni kat kaunter kita ambil keluar duit tu ye.  bagi je slip dari Maybank. Pegawai bank akan uruskan keluarkan duit kita dari bank yang simpan duit kita

 

kembali ke Pegawai Bank Loan Kereta

dah siap bayar, bawa slip pembayaran ke Pegawai yang kita berurusan awal tadi. sebab bila dah terbukti kita dah settlekan bayar baru Pegawai bank akan bagi geran original pada kita

Maka settle lah pembayaran baki kereta yang tinggal dalam RM60k ++ masa tu

 

Yeahh !!! settle 1 hutang

selepas ni tak payah nak bayar hutang kereta bulan bulan. Jimat RM1.3k bulan bulan hehehe. dapatlah saving pulak

 

 

InsyaALLAH my next kereta dan kali ni beli cash. tak mau hutang dah. Doakan saya ye.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge