Tips Jaga Kulit Bila dah Umur 35 tahun ke Atas

Tips Jaga Kulit Bila dah Umur 35 tahun ke Atas

Bila dah 35 tahun ke atas ni perubahan kulit nampak lebih ketara kalau tak jaga betul betul. Masa nilah jeragat senang nak ada, kedutan akan dah mula nampak, kulit jadi kering, kulit kusam. Antara sebab utama hormon kita dah makin drop .

nampak tak dah ada kedutan bawah mata huahuahuaaaa !!! ni  Ainul diusia 35 tahun

Apapun Ainul happy dengan kulit sekarang berbanding dengan kulit muka dulu. Dulu lagi teruk dengan parut jerawat, kulit tona warna tak sekata, kering dan macam macam la.

ni zaman dulu punya muka. gambar tak clear sebab zaman tu camera pun tak secanggih sekarang

ini masa 2013. Umur masa ni 29tahun hehe..masih muda remaja kan sebab tu ada jerawat

 

Tips Jaga Kulit Bila dah Umur 35 tahun ke Atas dan ini yang saya Amalkan

 

1.Minum Air masak 

Biasa dengarkan. tapi benda ni wajib buat. elakkan air manis. Ainul memang jarang minum air manis. Teh tarik , air sirap ke dah lama tak minum. Kalau makan kat kedai pun order air kosong je. Ainul suka kopi. kalau minum kopi hanya kopi kosong tiada gula. sedap tau. mula mula memang rasa tak sesedap kalau ada gula. dah lama dah biasa bila minum yang ada gula pula rasa tak sedap

 

2.  Elak Gula Putih

kat rumah memang tak guna gula putih. minum ofcos la tak minum manis. Gula tetap ada kat rumah sebab Ainul guna dalam masakan. sebab tak guna ajinomoto. so guna gula garam untuk balancekan rasa. Ainul guna gula organik. ni korang p mana mana pasaraya area organic ada jual. dia memang mahal dari gula putih biasa. dah nama pun organic kan. yang biasa beli barang organic mesti dah faham

FAKTA YANG GULA SEBABKAN KEDUTAN, KOLAGEN HILANG DAN CEPAT NAMPAK TUA

Gula bertanggungjawab menaikkan berat badan, menghasilkan kedutan, membuat kulit anda kendur dan membahayakan kesihatan anda secara umum.
Makan terlalu banyak gula akan memulakan proses yang disebut glikasi di mana apabila anda memakan banyak gula yang anda boleh proses akan membuatkan glikos terikat pada protein dan lipid.
Proses ini merosakkan kolagen kulit anda kerana protein ini bertanggungjawab ke atas ketegangan kulit, sekaligus menggalakkan perkembangan kedutan.

 

3. Makanan berminyak

Ainul taklah strict sangat bab makanan berminyak ni. still makan goreng goreng, kari , masak lemak semua. Cuma dah kontrol makan sebab nak kurus kan. hehe

 

4. Penggunaan Skincare yang Betul

Skincare yang banyak bahan kimia secara perlahan lahan akan rosakkan kulit. Walaupun luaran kita nampak ok tapi kat dalam tak sihat. Jadi sangat penting kena guna skincare tanpa bahan kimia. Ofcos kena guna yang organik.

Kebanyakkan product mengandungi bahan kimia yang tinggi dan merosakkan kulit.

Kulit akan cepat menggelupas. Kita rasakan kulit muka makin “flawless” , licin  akan tetapi sebanrnya bahan kimia itu telah makin merosakkan kulit muka.

Kulit menggelupaskan sel sel kulit yang sepatutnya melindungi kulit muka kita.

Ingat punca utama jeragat apabila kulit muka terdedah pada cahaya matahari, haba.

Lagi lapisan kulit hilang lagi teruk muka terdedah dan jeragat akan makin teruk

Ini skincare yang Ainul guna dah 1 tahun lebih. ianya 100% organik, selamat dan boleh buat kita nampak lebih muda. Bukan cakap mulut je tau. terbukti secara sains

 

5. Ambil Supplement yang Betul

Supplement tersangat penting untuk bagi nutrien pada sel sel kulit. Yang penting kena jaga lapisan dalam kulit. Kalau dalam sihat, kat luar kulit pun sangat sihat tanpa perlu nak tepek make up 10 inci

yang Basic boleh guna ini. ini kalau muka tiada masalah teruk sangat

 

Tapi kalau kulit ada masalah macam jeragat kena tambah GLA Complex untu stabilkan hormon, kulit tak sekata tambah ESP , jerawat teruk tambah zinc dan nak awet muda hilangkan kedutan ambil vivix

 

 

Ainul happy dengan kulit sekarang walaupun masih ada parut jerawat, kering, warna tak sekata. Cuma tak seteruk dulu. Masih lagi konsistent pakai skincare youth, makan Shaklee. Bukan nak cantik sahaja yang penting nak sihat, nak keyakinan diri

Kepada kawan kawan yang dah berusia 35 tahu ke atas jangan lupa spend duit untuk supplement, skincare yang terbaik. dan yang masih 20an, awal 30an kena jaga dari sekarang. spend juga duit beli product yang terbaik, tiada bahan kimia. sebab kesan buruk ambil masa. jeragat bertahun dia akan muncul padahal dah berakar kat dalam lapisan kulit kita

Semoga kita semua akan ada kulit wajah yang sihat, gojes, ceria dan happy selalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge