Anak Bongsu Darjah 1

Anak Bongsu Darjah 1

Blog ni memang cerita hal anak anak je banyaknya. Cerita hal kehidupan dari sebelum kahwin, nak kahwin, mengandung, bersalin, menyusu dan sampai la anak anak memebesar dan sekarang bersekolah. pejam celik anak bongsu saya dah masuk darjah 1 dah. Alhamdulillah dapat menikmati setiap masa dalam proses membesarkan anak anak. Entry hari ni walaupun dah terlambat tapi nak cite juga alkisah anak bongsu darjah 1

Sebelum ni ada cerita kisah anak sulung masuk darjah 1 dan anak ke dua masuk darjah 1. Anak bongsu pun kena la cerita kan. Semuanya untuk kenangan dan rujukan pada orang lain yang mungkin anak bakal masuk tahun 1 nanti

 

Gambar kenangan masa Dahlia baru lahir. Rindunya bau baby. rindu je nak ada baby balik fuhhh hehehe.. mak mak yang anak anak dah besar je faham perasaan heaven nikmatnya dapat tidur lena, tak payah nak bawa pampers ke mana mana, tak perlu nak pump susu, nak menyusu anak. rindu je tau tapi nak ulang balik tu adoii berpeluh mak

Anak Bongsu Darjah 1 : Persiapan

Persiapan sekolah untuk 2 orang sebelum ni Ainul akan beli di Aeon Mall. Salah 1 sebab ada jenama baju yang sesuai untuk anak yang bersaiz kecil. 2 orang anak sebelum ni beli di Aeon mall dan jenama yang sama. Jadi anak bongsu ni pun kena la benda yang sama kan. Barulah adil dan saksama.

Jom tengok video kami ke Aeon Mall beli persiapan nak ke sekolah

 

Walaupun trend sekarang orang beli baju sekolah di Tiktok, Shopee tapi Ainul masih gunakan cara biasa. pergi kedai try dan beli. Sebab nak kan moment memori tu. Yelah anak tahun 1 sekali je uolss. Masa ni la kenangan mereka dan kita sibuk mencari baju, kasut. Sibuk try baju, ty kasut. Kejar anak dalam mall. hehehe

Gambar ni nampak biasa je kan. happy kan nak beli baju sekolah. Tapi hakikatnya sibuk berlari si mek Dahlia ni. Sibuk nak main, nak p Kidzoonia. Berpeluh peluh mak. dah la salesgirl kat Aeon masa ni takde. Boleh pulak cuti dan tiada pengganti. Jadi terpaksa la buat sendiri, cari saiz sendiri. Baju kain semua okay. Tudung je kat Aeon ni kureng sikit bagi saya. Ada saiz, kain okay tapi tetiba da jahitan lat awning tudung. dah kenapa pulak design baru ke apa ni. So cancel la.

Untuk Maryam dan Arreessa , disebabkan tahun lepas jarang pakai baju uniform jadi tak beli baru la. Guna je yang lama. Beli kasut je. dan beli seluar, baju sukan sekolah extra. Sekarang untung anak anak banyak pakai baju sukan. Tudung je la ken extra. Untuk tudung Maryam , Ainul beli di Himayya.  Siapa cari tudung sekolah berkualit beli la kat sini. nanti Ainul review ye. Cuma saiz Dahlia je habis. Arreessa dah sekolah menengah ni taste lain sikit. Lagi cerewet huhuhu

Anak Bongsu Darjah 1

Beli kat kedai ni kelebihan boleh pegang material kain. Baju sekolah pun ada jenis cotton, kain licin, kain itu ini. Puas hati dapat pegang belek dan try. Lagi ada anak saiz kecil ni. dapat try dan kalau labuh ke apa tau dah berapa banyak nak kena adjust alter. ini saya la ye. Rasa puas hati beli kat kedai walaupun mahal. macam saya cakap tadi paling penting nak create moment, memori anak anak beli baju sekolah. Ala macam kita la. mesti ingat mak beli ke jahit ke baju sekolah kita dulu kan.

 

Hari Persekolahan

Bila tiba hari persekolahan. Pagi Ainul siapkan Maryam. kemain semangat dia nak ke sekolah dan tahun ni Maryam dah tahap 2 di darjah 4 dah. jadi kat sini tahap 2 dah sekolah pagi.  nasib Maryam jenis senang bangun pagi. Bangun mandi solat terus siap.

 

Anak Bongsu Darjah 1

team sekolah pagi dah bersiap sedia nak ke sekolah. pagi pagi lagi Guru besar cikgu dah tunggu menyambnut kedatangan anak anak murid ke sesi persekolahan baru.

Team sekolah petang adalah Dahlia dan Arreessa. Tahun ni Arreessa dah form 2. Jadi dia dah pandai uruskan diri. Tengah hari Ainul uruskan Dahlia je. Ingat takde dram hari pertama tapi rupanya takde drama bukan princess Dahlia la namanya

Anak Bongsu Darjah 1

Dalam pukul 11.30 pagi tu dah suruh dia makan. Makan sikit je lepas tu cakap takde selera. Tak lama lepas tu suruh dia mandi. Eh boleh pulak dia baring depan tv. ” Dahlia p mandi bersiap nak p school”

” Dahlia rasa macam nak demam la ”

lahhh pulak dahhhh.. rasa badan ada sikit macam suam. terus ambil nutriferon bagi dia . boostkan imun badan. jangan la demam di hari pertama sekolah ni.

Pukul 12.15 , jom Dahlia mandi siap. dia pinya la macam taknak ke sekolah . sampai Ainul mandikan, pakaikan baju semua. ishhh budak ni

Perjalanan ke sekolah muka dia monyok je. muka sedih takut. semua ada la.

Sampai ke sekolah dia nampak ada ninja turtle sambut. Muka senyum sikit. Nak ambil gambar tak? dia annguk tapi muka nampak macam takut takut lagi. Sampai pintu masuk cikgu PIBG sambut bagi hadiah pensel. dan sampai situ je ibu bapa boleh hantar. anak anak akan masuk sendiri. Muka dia nampak macam nak nanges. Mama babah lambai je dari jauh

Pukul 2.30 petang ibu bapa dibenarkan datang untuk sesi taklimat dan selepas taklimat ada jamuan makan makan sebab esoknya kan Ramadan dah. selain tu sesi kenal kenal dengan ibu bapa lain, kenal dengan guru kelas

Anak Bongsu Darjah 1

 

Bila dalam kelas nampak dia muka ceria sikit. Ada kawan kawan yang dia kenal dari tadika yang sama. Alhamdulillah. badan pun dah tak panas. Power betul kan Nutriferon ni. korang wajib ada sentiasa kt rumah. Ni “panadol ” kami sekeluarga bertahun tahun.

Alhamdulillah hari pertama persolahan berjalan lancar walaupun ada drama. dan tahun ni mencabar sebab hari ke persekolahan dah bulan Ramadan. Hari ke dua persekolahan masih bad mood ke Dahlia? Hari kedua pukul 11.30 pagi dah siap mandi pakai baju sekolah ” mama bila nak siap jom nak p sekolah” semangat 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge