Perubahan Bila Masuk 40an

Alhamdulillah bulan Februari lepas genap 40tahun usia saya. pejam celik dah 40an dah huhuhuu.. begitulah kehidupan. Masa akan berlalu yang tinggal memori kenangan dan pengalaman. Tipulah kehidupan ini indah sahaja. Namapun manusia yang tidak akan pernah terlepas dari ujian, cabaran, masalah. Susah senang, masa sesak, masa lapang semua ada. Ujian demi ujian datang dan pergi. Walaupun di media sosial nampak happy gembira tapi disebalik tabirnya akan penuh dengan cabaran. Itulah kehidupan ye. Perubahan Bila Masuk 40an betul ke sangat berbeza terutama bab kesihatan?
Perubahan Bila Masuk 40an
Baru baru ni ada lalu di tiktok saya satu video. dia kongsikan perubahan bila masuk 40an. banyak la kisahnya dan yang paling menarik perhatian saya adalah bab kesihatan. Ye betul bila masuk 40an ni ni la kita akan tuai hasil apa yang kita buat sejak lahir sampai 39tahun. Masa 40an ni la darah tinggi, kencing manis senang je nak datang tapi ianya bukan tetiba datang ye. Ianya hasil ternakan kita sejak kecil.
1. Kewangan
Majoriti pada usia ini bab kewangan ni kita dah celik sikit berbanding dengan zaman muda. Kebanyakkan kita masa kita kerjaya pun stabil, saving pun dah banyak. dan saya bersyukur sebab pada saya usia 30an ujian cabaran datang dan ianya membuatkan saya mengambil cabaran itu untuk bebaskan diri dari hutang. Alhamdulillah berjaya bebas hutang pada usia 35tahun. Apapun ianya bukan satu benda yang mudah ye adik adik. Penuh air mata , perlian orang juga. Ada banyak duit beli la kereta merc bmw ke. buat apa bayar hutang settlekan semua. ishh macam macam la. tapi masa tu tekad nak bebas kewangan. Penat pening sakit kepala bila ada hutang ni. Takpalah tak nampak mewah gah macam orang lain janji akak takde hutang. Serius sejak takde hutang hidup lebih mudah, tenang, lancar. Apa apa nak beli bayar je cash. Duit gaji dapat enjoy je nak beli apa sebab tak pening nak tolak sana sini nak kena bayar komitment hutang dulu. Jadi nasihat akak kepada adik adik janganlah berhutang. nasihat ni selalu orang tak suka sebab tak boleh la nak beli rumah kereta kalau tak berhutang. Siapa cakap tak boleh?
2. Keluarga

Bila dah 40tahun ni, anak anak pun dah besar. Anak saya 14tahun, 10tahun & 7tahun. Pandai kan planning. Nak tau tips tak? sebab ni family palnning penting ye. Dah tua tua ni enjoy nak shopping, travel anak anak dah besar. ishhh riak pulak. kang tetiba dapat seketul baby baru kang Ainul oiii.. Adik saya yang doktor cakap usia 40an ni subur tau. Adoi ! kalau dapat Alhamdulillah sebab kakak kakak nya dah besar. ramai tukang jaga baby hihi
Kalau p shopping, jalan jalan ke nampak adik adik yang ada 2-3 orang anak kecil. Seorang dalam stroller, sorang babywearing, sorang pimpin tangan. tersenyum saya sebab teringat diri sendiri dulu macam ni la. masa tu la juga sorang nanges nak susu, sorang nak p toilet, sorang penat. kalau korang rasa struggle, penat akak cuma boleh cakap sabar, relax dan enjoy moment tu. nanti sangat rindu. rindu anak anak zaman baby.
Bila anak anak makin membesar cabaran berbeza. lagi anak remaja. setiap peringkat anak cabarannya kan. Jadi inilah pengalaman kita.
Sekarang akak dalam fasa tarik nafas lega sikit sebab anak anak dah besar. Boleh uruskan diri, bantu buat kerja kerja rumah. ni kalau tak bantu mak bebel 3hari 3 malam jadi kena paksa buat hehehehe.. untuk diaorang juga. nak didik jadi rajin buat kerja rumah bukan tau main Roblox je
3. Hubungan Suami Isteri
Masa ni anak anak pun dah besar.bila p mana mana kadang kadang tak mau ikut. Jadi banyak la masa mama babah datang berdua. dan ramai juga cakap bila dah masuk 40an ni hubungan suami isteri makin hambar sebab nafsu makin menurun. betul ke?
Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Medicine, majoriti wanita akan lebih aktif dan puas secara seksual menjelang usia 40 tahun dan ke atas.
Kajian ini telah menyelidik sekumpulan wanita dalam lingkungan usia 40 sehingga 100 tahun dengan median umur 67 tahun.
Separuh daripada responden ini mengatakan masih aktif secara seksual dan majoriti mereka mengatakan masih mampu untuk terangsang dan mencapai orgasma walaupun selepas menjangkau usia 80 tahun.
Antara dapatan kajian paling menarik adalah wanita yang berusia 40 ke atas dan 55 ke bawah dikatakan lebih aktif dan puas secara seksual.
“Kajian ini sangat mengejutkan kerana majoriti wanita lewat usia mengatakan mereka masih puas dengan kehidupan seks bersama pasangan”, jelas pengkaji Elizabeth Barrett-Connor.
Dalam erti kata yang lebih mudah, menopaus mungkin bukan alasan bagi wanita hambar di ranjang kerana kajian ini jelas menunjukkan bahawa wanita 40an masih mampu aktif dan puas secara seksual!
sumber : Hellodoktor
Tapi kalau korang rasa makin menurun, hambar tu cepat cepat la dapatkan rawatan ye. Nak supplement Shaklee untuk masalah ini contact akak ye 🙂
4. Kesihatan
Dalam video tiktok yang saya tengok tu dan juga komen ramai cakap bila masuk umur 40tahun ni badan sangta penat. ishhh betul ke? sebab saya tak pulak rasa macam tu. Saya masih aktif bersukan, briskwalk setiap hari sejam walaupun di bulan Ramadan. dan setiap hari bangun 3-4 pagi. korang di usia 40an macammana? Alhamdulillah pada usia ni kesihatan baik, tiada masalah kesihatan, jarang demam. last saya demam awal Ramadan tahun 2023. Saya tak pernah kena covid 19. Mata saya masih boleh melihat jarak jauh , jarak dekat dengan baik.
Perubahan Bila Masuk 40an Dalam kesihatan
Antara perubahan kesihatan yang mungkin ada orang dah mula dapat. Ada yang masih belum lagi. Apapun kita jaga supaya ianya boleh dicegah atau tak la teruk sangat kan. Tapi kalau boleh yang teruk tu jangan datang langsung kan
1.Masalah haid
Makin meningkat usia hormon pun akan mengalami perubahan dan estrogen makin menurun. masa ini lah haid pun makin kucar kacir. Ada kes tak datang langusng. Ada juga yang datang terlalu banyak. Ainul sifar Alhamdulillah haid datang tetap setiap bulan
2. Kedutan
Ainul pun dah start nampak kedutan pada bahagian mata, smile line. product pun dah kena cari yang antiaging kan. huhuhu.. apapun Ainul start jaga pemakanan, bersenam, pakai skincare tanpa bahan kimia bahaya. kedutan tak boleh nak elak tapi kita kurangkan atau lambatkan
3. Berat badan
Makin berusia makin susah betul berat nak turunkan. Alhamdulillah setakat ni masih lagi berjaya turunkan berat. Ada masa berat naik tapi dengan supplement Shaklee sangat membantu berat senbang turun. Beza tak raya di usia 30tahun dengan 40tahun? hehehe
Perubahan Bila Masuk 40an: Nasihat
Saya pun nak beri nasihat pun saya juga masih belajar. Ada banyak lagi benda yang perlu dibaiki. Apapun juga yang kita buat fikir masak masak, berbincang dengan pasangan terutama bab duit. Nasihat bab hal perkahwinan tu nanti la next entry pulak. Setiap ujian yang kita hadapi tu adalah jalan dalam mencari jawapan kepada doa doa kita. Doakan saya sihat dan dimurahkan rezeki selalu dan saya juga doakan yang mmebaca ini juga hidup lebih bahagia selalu