Resepi Ikan Bilis Menu Sahur Cepat Sedap

Alhamdulillah lagi 10 hari lagi kita nak menyambut bulan Ramadan. Semoga kita dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dalam menyambut, menjalani ibadah Puasa nanti. Normal bagi mak mak kaum ibu nak masuk bulan ramadan ni dalam kepala otak akan mula fikir listkan macam macam menu untuk sahur, untuk berbuka. Seharusnya menu menu ikut selera suami dan anak anak kan. dan bila dalam menentukan menu sahur tu sepastinya menu resepi ikan bilis antara menu wajib time bulan puasa nak sahur tu kan. menu simple senang nak buat dan sedap. orang kata menu emergency. hehehe.. terbangun lambat benda paling cepat ofcoslah ikan bilis dan telur
Antara Resepi Ikan Bilis Menu Sahur Cepat Sedap
Menu daripada ikan bilis sememangnya enak meskipun ringkas. Ianya dapat membuka selera. 7 menu pilihan yang sesuai untuk berbuka mahupun sahur.
1. Sambal Ikan Bilis Kentang ( versi kering rangup)
Bahan-Bahan:
3 biji kentang
1 mangkuk ikan bilis
3 ulas bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu kecil sos tiram
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
gula secukup rasa
sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)
Cara Penyediaan:
Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.
Tips:
Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.
2.Ikan bilis asam jawa cili dan bawang
Bahan-bahan:
1 genggam ikan bilis(cuci dan toskan)
1 biji bawang besar(potong bulat)
1 batang cili merah(potong serong)
1 batang cili hijau(potong serong)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1½ sudu besar asam jawa dan 1 cawan air
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk perasa Knorr
1 sudu kecil serbuk lada hitam
½ cawan minyak masak
Cara Memasak
1.Panaskan minyak ½ cawan,gorengkan ikan bilis sehingga rangup.
2.Masukkan bawang putih,masak sehingga kekuningan.
3.Masukkan perahan asam jawa,serbuk lada hitam,serbuk perasa.
4.Kemudian masukkan ,bawang merah,cili merah,cili hijau,gula.Gaul sebati
3.Sambal Ikan Bilis Dan Kacang


4.Sambal Ikan Bilis Terung Pipit
Bahan-Bahan:
- Terung pipit – secukupnya
- Lada merah besar 2 batang
- Lada hijau besar 2 batang
- Cili padi hijau – dalam 20 biji (ikut lavel kepedasan masing-masing ye)
- Cili padi Thai merah – Dalam 6 biji
- Bawang besar – 2 biji
- Bawang Putih – 5 ulas
- Sedikit belacan – jika suka (saya tak letak)
- Air asam jawa – jika suka (saya tak letak)
- Garam – secukup rasa
- Gula – secukup rasa
- Ikan bilis – secukupnya
Cara Membuatnya:
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, dan kesemua lada. Ikutlah nak bland kasar atau tumbuk pun boleh.
2. Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan sebentar.
5. Kerabu Ikan Bilis
Bawang besar/merah
Cili api/padi
Daun limau purut
Serai
Semua diatas dihiris halus2
Ikan bilis goreng
Sedikit gula
Air limau kasturi
Gaul semua bahan dan sedia untuk dimkn
Air limau kasturi perah ketika mahu dihidang, jika terlalu awal ianya akan lembik.
6. Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai
7. Ikan Bilis Goreng Masak Kicap

Kat Mana nak dapatkan Ikan Bilis Berkualiti Tinggi, rangup bila goreng Untuk Resepi Ikan Bilis Menu Sahur Cepat Sedap