HUTANG – Cara Settlekan Hutang RM200k Walaupun Tanpa Kerja tetap

HUTANG – Cara Settlekan Hutang RM200k Walaupun Tanpa Kerja tetap

Alhamdulillah..Akhirnya saya berjaya bebas hutang. Walaupun agak lambat pada usia 34 tahun tapi saya berjaya capai awal target saya untuk debt-free pada usia 40 tahun. Saya nak kongsi cara saya settlekan debt RM200k walaupun tanpa kerja tetap. Perkongsian ini untuk berkongsi agar kawan kawan juga sama sama debt-free di usia muda.

settlekan hutang

Bila saya ambil keputusan resign dulu, ramai cakap ” eleh boleh la takde hutang, kami ni banyak hutang tak boleh resign” .. Masa saya resign saya juga banyak juga masalah macam korang. Personal loan, kereta, rumah, kad kredit. ishhh macam macam la. takkan nak cite semua kan. Saya macam korang juga. Pengurusan kewangan ke laut. Macammmana nak settlekan problem nih ?

Ini cara saya la ye. Mana yang baik ambil lah buat rujukan.

Settlekan Hutang RM200k Cara Saya Walaupun Takde Kerja Tetap

 

1.Listkan berapa hutang korang

Saya dulu tahu saya banyak hutang saya tak tahu berapa lagi baki hutang saya. Serius tak pernah call bank tanya. So kena call tanya. Berapa lagi baki hutang korang. Banyak mana pun kena call. takpe itu hakikat kita kena hadap dulu. Listkan satu satu hutang tu. Contoh kereta ada lagi baki RM60k, personal loan RM20k. ni baki tau bukan berapa loan yang kita buat. Ada hutang dengan mak ayah, adik beradik ke tulis. even hutang RM10 hinggit. Bila kita tulis, listkan baru nampak berapa banyak . Masukkan dalam buku ke excel ke. apa apa je lah.

 

2. Settlekan yang sikit dulu

Bila dah listkan baki hutang kita, settlekan segera mana yang paling SIKIT. ada hutang RM10 , cepat bayar. jangan tangguh. katakan ada hutang personal loan baki lagi RM4k. cuba settlekan yang itu dulu. Sama ada dapat gaji bayar terus RM4k. gaji korang banyakkan. pejam mata sikit, bulan tu ikat perut sikit. Sebab kita selalu pandang enteng pada yang sikit . memang la kita bayar tiap bulan tapi sikit sikit bila nak habis. sekali tu korang pejam mata bayar, bulan depan dah lega dah hutang tu.

lagi 1 hutang yang sikit ni kalau minta buat full settlement akan lagi sikit kena bayar. dah jimat kat situ

 

3. Potong mana yang tak perlu

Nak astro, handbag mahal ke settlekan hutang cepat? astro, handphone mahal, handbag mahal tu kehendak sahaja. takpa tahan kejap napsu tu . Duit yang kita bayar benda benda tak perlu ni, kita guna untuk settlekan hutang. ni semua nak. Benda utama iaitu hutang kita ambik endah tak endah.. uishhh mati bila bila je tau.

Ainul cut pergi melancong luar negara tau. ikut hati nak je enjoy huhu tapi ingat bayar hutang lagi penting.. tahan napsu tu dulu. kalau nak p travel kena RM3k, boleh guna duit tu settlekan hutang yang sikit tu dulu. Nasib baik la buat business Ainul ni dapat melancong free. jadi gunakan peluang tu untuk jalan jalan.

dah settlekan hutang ni.. nak p la melancong 1 dunia pun ehh.. tapi ingat no more hutang sana sini ye sebab nak p melancong. kita bayar CASH je. nak melancong dengan gumbira tanpa hutang dan lagi best melancong free ke luar negara boleh join business akak.hihihi

 

4. Ada pendirian sendiri

Jangan terikut ikut orang. Please penting sangat ni tau. orang tu beli rumah 1 juta ko pun nak beli. dia beli kete bmw 44 bijik ko pun nak beli. betul kena beli sebab ianya aset. Tapi kena ingat aset setiap kita tak sama. Aset apabila ianya boleh mendatangkan pulangan pada kita . Bukan kita beli, kita bayar, kita yang sengkek tiap bulan.

Kena tahu, faham dan yakin dengan pendirian kita. Walaupun ada orang cakap kereta bukan aset tetapi ada orang gunakan kereta dia buat uber. dapat income. kereta tu aset dia.

Again, benda ni ramai yang berbalah itu ini. Percaya pada pendirian diri. kenapa aku kena beli ini? kenapa perlu ada astro, kenapa perlu beli handbang mahal. Mana tau beli handbag RM5k tapi akan mendatangkan pulangan hasil RM50k.  Setiap kita tak sama tau. Jangan ikut, folo orang walaupun orang tu cakap dia pakar. hihi. dengar, baca dan buat research sikit la ye

5. Jual barang tak perlu

Sambil mengemas rumah tu check balik kot ada baju lama, perabot lama yang takde la guna sangat. So boleh jual preloved. dapat duit jangan joli pulak. Sila disiplinkan diri ye. nak settlekan masalah ini kena ada disiplin. ni asal dapat duit beli baju baru ehmmmm tak dapat den nak menolong.

Kumpul hasil jualan tu, dah boleh bayar banyak benda.

Selain terbayar, ianya membantu rumah kita lebih tersusun. Bila buat macam ni, baru tau ada  baju yang beli je tapi tak pakai. Ainul la ni.huhu

6. WAJIB Bayar

Benda wajib kita ingat bayar  tu WAJIB. Loan PTPTN pun wajib bayar. Masa nak apply ptptn korng dah tahu kan kena bayar balik apsal apply juga. bila dah keje bising pulak kena bayar. ishhhh.. Ingat ada orang lain memerlukan juga ptptn tu. Nasib baik akak xde ptptn. fuhhh !

InsyaALLAH bila kita dah set wajib bayar , kita akan berusaha untuk settlekan loan segera. Mesti target bila nak habis bayar. Ainul dulu memang target masa umur 40 tahun mesti bebas dari segalanya.

7. Tambah pendapatan

Zaman online ni rugi kalau tak ambil peluang tambah pendapatan. Gaji dah RM5k, kalau buat business income dapat RM1k sebulan , RM1k tu dah boleh sangat bayar loan mana mana. ni yang Ainul buat sejak 2012. buat part time business online dan akhirnya jadi career pulak. dan Career ni la yang membantu Ainul untuk bebas kewangan. Kalau berminat nak join career macam Ainul boleh contact Ainul ye.

terima kasih kepada husband , mentor kami Master Hadhatina & Kamarul yang banyak bagi kesedaran bab hutang-piutang ni. Serius rasa banyaknya dosa dulu dulu. Riba ni nampak halus giler dia mempengaruhi kehidupan kita tau. Serius lepas je settle loan rasa lapang kepala otak. Terasa dunia aku yang punya. hehe

Banyak tips otai otai kat luar sana tapi ni apa yang Ainul buat dan Ainul sendiri dah berjaya buat. Bukan teori semata mata atau tips sekadar nak viral.

Semoga kawan kawan juga berjaya settlekan masalah ini cepat dan hidup lebih tenang dan gumbira.

6 thoughts on “HUTANG – Cara Settlekan Hutang RM200k Walaupun Tanpa Kerja tetap

  1. Assalamualaikum wbt.

    Alhamdulillah tq ainul sharing tips nie . Endang sendiri banyak sangat hutang . Dalam usaha untuk settle kan. Moga asbab bisnes shaklee nie endang pun dpt setteled kan hutang dgn lebih cepat macam ainul. Amin. Doakan endang ya

    1. Endang pasti boleh. yang penting kita dah ada NIAT nak settle kan hutang cepat. ALLAH mesti mudahkan cara nanti

  2. Assalam mcmana nak.setkekan hutang jika harian xcukup..naknjoin partime pun pakai modal ..teekadang stuck kat situ nak ubah life…nak join partime xde modal..xde skill…

    1. Iza, ada banyak business tak perlukan modal pun. skill boleh belajar. kita nak ke tak je. kalau nak usaha sekuatnya. kalau nak buat part time business tanpa modal boleh whatsapp saya 013-3612717

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge