St Regis Kuala Lumpur Staycation & Birthday Surprise

Kisah surprise birthday husband last year.  Birthday hujung tahun gitu la. Kita pun busy ke sana sini sampai mati akal dah apa nak buat untuk birthday dia. Syukur sangat masa cuti cuti di Pulau Pangkor tu, dia ajak staycation di St Regis Kuala Lumpur. Bila dia tanya nak pergi bila terus cakap ” masa birthday u la “… tak surprise langsung.hahaha.

St Regis Kuala Lumpur

Check in hari Ahad memang syiok sebab tak ramai orang. Ramai yang nak check out. Berapa rate St Regis ni? Boleh la tengok kat Agoda ke Trivago ye.

Jom kita masuk bilik….

 

Terima kasih pada anak anak kasi can kat mama babah bergambar berdua. Nasib baik ada Arreessa tolong ambilkan gambar.  Boleh harap dah lor ni.. tapi mama dia punya excited senyum sampai mata tertutup ..huhuhu

 

 

ni area ruang tamu dalam bilik. Ada ruang tamu, ruang bilik, ruang wardrobe dan bilik air. oh ya ada juga bilik untuk spa. tapi takdan nak berspa la kalau dengan anak anak ni.

 

 

 

 

tempat febret anak anak. sambil mandi tub boleh layan cartoon. Siap request nak buat macam ni dekat rumah. Adoii ingat keje mandi tengok tv je ke anak oiii.

Petang time untuk p swimming. Kolam kat St Regis ni besar cuma kolam kanak kanak tak berapa secure sikit. Antara kolam kanak kanak dengan dewasa takde penghadang.  Sibuk berenang salah pusing boleh masuk ke kolam dewasa yang dalam.

 

 

 

Special di pool St Regis, pukul 6.30petang macam tu ada layar besar. Siapa suka tengok bola sambil minum minum. Sempat la budak budak ni layan tv besar kejap. dah malam kan jom balik

St Regis Kuala Lumpur ni dekat je dengan KL Sentral.  Jadi malam tu kami jalan jalan KL Sentral je. Nama je dok Shah Alam. Bertahun juga tak menjejakkan kaki ke KL Sentral. Padahal tu port dating dulu.hehe

Walaupun KL Sentral tu dekat tapi jangan la jalan kaki pulak. memusing juga la. Ada shuttle kan.

Balik dari KL Sentral, semua dah mengantuk. Sampai je Hotel terkejut bila staf staf Hotel nyanyikan lagu birthday dan bawakan kek. tadaaa !! Surprise untuk husband. Terima kasih St Regis Kuala Lumpur

Dari mata layu mengantuk semua terbeliak mata tak jadi tido.

 

Birthday mama ke babah , 2 orang ni la paling hepi dan semua kek depa.. Dari mengantuk dah sampai tak jadi tidur dan punya la aktif. Sampai kena paksa tido. Sebab tu la rumah tak boleh cantik macam hotel nanti korang taknak tido. hehe alasan je kan.

 

Staycation mini kami di St Regis Kuala Lumpur. Servis yang terbaik, tiptop sangat. Anak anak request nak stay sini lagi. tapi mama diaorang tak berapa suka sebab tak tau nak p mana. huhu

Mama lebih suka kalau St Regis Langkawi.. ok tak? next mama punya birthday la pulak.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge