Little Caliph 2018 : Maryam dah masuk Sekolah

Pejam celik Maryam dah 4 tahun dan dah boleh masuk tadika dah. Asalnya kami tak mau hantar lagi tapi dia asyik tanya bila nak p school. siap nanges nak p school jadi kami pun decide hantar je la bagi dia berkawan, bermain. Duduk rumah asyik kena ikut mama p Shaklee , p pos barang, p cod. Survey sana sini last last hantar ke little caliph juga.hihi . Little caliph Arreessa dulu. Sebab cikgu cikgu di sana pun dah kenal.

 

Hari pertama ke school. Ini kali pertama Maryam nak dijaga oleh orang lain. Sejak lahir sampai 3 tahun lebih ni Ainul yang jaga. Berdebar la jugak. Boleh ke dia ni nak duduk dengan orang lain. Ok ke nak p school ni.

Sampai je Little Caliph, dia yang tak sabar nak keluar dari kereta. Malah dari rumah lagi semanagat pakai baju, mandi bersiap awal. Ajak kita p hantar dia awal lagi. Adoi sabar je la

 

little caliph

 

Sampai je Little Caliph,  Teacher Shikin jemput dia. Tak sangka Maryam sangat cool, tak nanges. Siap babai mama babah lagi. Mama dia ni pulak yang rasa nak nanges. 24jam dengan dia dari dia lahir. tetiba dah nak masuk school. Perasaan tu lain sangat. huhu

 

Tak sama macam Arreessa dulu. walaupun dari baby dah duduk nursery, bila hantar school tetap nanges beria ria. kenapa ye? sindrom anak sulung atau sebab dia selalu kena tinggal? huhu

 

 

 

 

Berapa Yuran Little Caliph 2018 ?

 

2 tahun meninggalkan Little Caliph. Yuran Little Caliph 2018 adalah :-

 

Disebabkan Maryam masuk lewat sikit jadi yuran dah jadi kurang dari biasa. Kes pindah rumah la ni. nak settle bab pindah dulu baru nak hantar Maryam p school. Plan asal nak hantar LC dekat rumah je tapi fikir balik last last hantar LC Arreessa dulu.  LC ni ada 2 sesi. Pagi dan petang. Maryam ambil sesi petang. Sekali jalan dengan hantar Arreessa. Bekerja sendiri ni kena plan jadual betul betul supaya tidak kelam kabut nak ke sana sini

Bila anak anak mula ke sekolah, kita ibu ni kena la bertenaga, aktif selalu. Kena sentiasa cergas. dari pagi sampai malam rasanya tak habis habis keje. Apapun happy, puas hati melihat anak anak happy. Kita kerja kuat pun untuk anak anak juga kan.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge