Pindah Rumah Baru.Misi Deko Rumah Bermula yeahh
1 Mac pembuka bulan baru maka kita pun berhijrah la ke rumah baru. Penat juga nak pindah rumah ni. Ini pun bawa apa yang perlu aje. Bukan semua bawa dari rumah lama. Semua barang di rumah lama pun dah 8 tahun. Maka kita pun hijrah la juga barang barang dalam rumah. Beli baru husband cakap.. yeahhh tu yang nak dengar tu.
Rumah ni lebih besar dari rumah lama. Jadi banyak la benda kena susun aturkan. Kalau tak kosong je la. Jenuh menggoogle , skodeng group facebook pasal deko deko ni. Ainul dengan husband simple je. minimalist je kitaorang ni. Anak anak pun kecik lagi. Bagi ruang untuk mereka lari sana sini
SSF Ke Ikea
Bila join group deko ni boleh jadi pengaruh rakan sebaya betul. Tengok rumah A eh suka.. tengok rumah B suka juga.. Last last pening. Kebanyakkan deko ni, perabot, hiasan rumah mereka beli di IKEA dan SSF . Agak agak mana yang lebih berbaloi beli? Ada yang cakap SSF lebih berkualiti. betul ke? Dulu Ainul beli sofa dekat Fella Design . Alhamdulillah dah 8 tahun sofa tu . Cuma material dia kain, senang kotor dan kena kerap basuh.
Tempah Langsir ke Beli Siap je
Tempah langsir ke beli yang pasang siap? Kalau tempah 2-3 minggu baru siap. Kos lenih mahal tapi lebih cantik dan kemas. Beli pasang siap, terus dapat pasang, murah dan mungkin tak berapa kemas dan sesuai dengan tingkap kita. Adoiii.. dimana nak tempah langsir ye? MK Curtains , Jakel, Nagoya? Kalau ada yang lagi best, mudah, kemas jahitannya boleh bagitau Ainul ye 🙂
Pening jugak bila ada 2 sliding door. 2 langsir besar la kena tempah.hahhaa padan muka siapa suruh pilih rumah ni. hihi
Pindah rumah sangat memenatkan.
Disebabkan barang barang macam peti ais, mesin basuh tak bawa ke rumah lama maka senang la sikit kerja kerja perpindahan. Sofa fella design pun tak bawa. Selamat la dikau dengan tuan baru ye. Yang nak tengok rumah lama Ainul boleh tengok sini
2018 kita berhijrah la kepada yang lebih baik. Kadangkala benda yang kita sayang kena lepaskan. 8 tahun kot duduk rumah ni. tiba masanya kita jumpa rumah lain pulak. Misi deko bermula yeahhh!!!
Kita suka tengok progress rumah orang.. tq sbb singgah blog kita haritu.. singgah2 la lagi.. sbb kita pun cuba up progress rumah.. walaupun sangat la slowwww haha
nurinkhairi recently posted…Ibu Bekerja – Apa Dilema Korang Dalam Memasak2 Untuk Anak dan Keluarga??
Alhamdulillah. Kalau Nak pindah rumah dengan mudah dan cepat, boleh pindah dengan team Nizaf Mover & Logistics. Maklumat lanjut boleh search ‘ Nizaf Mover & Logistics ‘ di Facebook atau layari http://www.nizafmover.com. tq 🙂