Pulau Pangkor : Aktiviti Cuti Sekolah

Pulau Pangkor : Aktiviti Cuti Sekolah

Balik je dari Cruise mak mertua ajak ke Pulau Pangkor pulak.  Dah cuti sekolah kan.  Ok jelah. Tapi last minit punya plan dengan cuti sekolah lagi maka hotel yang mak mertua duduk dah penuh. Mencari cari hotel berdekatan akhirnya dapat la juga. nasib baik dekat. Boleh jalan kaki je.

Dari Shah Alam kami bergerak awal pagi. Jambatan dekat Teluk Intan dah tutup maka kena berjalan jauh la sikit. Apapun traffic masih ok sebab kami p hari khamis. Orang masih bekerjakan. Bertahun rasanya tak pergi Pulau Pangkor. Excited nak bawa anak anak naik feri. Padahal saya dan suami masih kepala ting tong mabuk naik cruise. layankan je la.

Selalu nak ke Pulau Pangkor naik feri dekat Lumut yang biasa tu. Rupanya sekarang dah ada terminal Feri Marina. Kalau naik dari sini ianya lebih dekat dengan Pulau Pangkor. tak ambil masa lama dalam feri.

Pulau Pangkor

 

Pulau Pangkor

Ini harga tiket ke Pualu Pangkor dari Jeti Marina. Tiket ni pergi balik. Simpan tau tiket ni untuk balik nanti. Kalau hilang kang kena beli lain.

 

waktu feri beroperasi sampai malam. ni jadual untuk rujukan semua.

Penginapan kami 3 hari 2 malam , kami memilih Puteri bayu Beach Resort. Mak Mertu duduk di Coral Bay. Dekat la kan hotel kami.

Best tak hotel ni? ehmmm bagi Ainul biasa je la. Bilik ok la. tak berasa bersih sangat. tetiba ada semut. huhu .. Breakfast pun makanan dah sejuk. tak banyak pilihan. Yang best sebab kolam anak anak suka.

Lunch kami makan dekat area dekat dekat situ je. Jalan sikit dari Hotel ada kiosk penjaja. Betul depan Coral Bay.  Tak banyak pilihan makanan sangat tapi oklah untuk makan petang. ada juga goreng goreng.

Ni yang kami order. sedap juga dan harga tak mahal sangat. Harga sebenar tak tanya sebab husband yang bayar.hihi

 

 

 

Aktiviti petang haruslah terjun kolam. Hari tu dari pagi hujan je. Anak anak dah merengek nak mandi kolam. Petang tu rezeki anak anak hujan dah stop. Dapat la mandi bergumbira sebab takde orang. Hari khamis kot. Kolam tu kita punya.. yeahhh

 

Oklah nanti kita sambung balik cite jalan jalan kami ke Pulau Pangkor. Apa yang best apa yang tak best… stay tune 🙂

 

 

One thought on “Pulau Pangkor : Aktiviti Cuti Sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge