Star Cruise- Percutian 5Hari 4 Malam Yang Giler Best
Pengankutan udara, darat dah pernah..kali ni kita naik pengangkutan laut pulak. Teruja plus takutttt.. serius Ainul takut naik boat. ni nak naik kapal 5 hari pulak tu. Ramai yang cakap ala cruise kapal besar. tak terasa punya. yeke? jom baca percutian Star Cruise- Percutian 5Hari 4 Malam Yang Giler Best
Nak pergi cruise ni 3 bulan punya persiapan ..huhu. terutama bab nak simpan ebm Dahlia. Bekerja dari rumah, baby pun ada sekali jadi memang takde stok ebm langsung tau. Adoii ! Dah masuk hujung bulan 9 baru insaf nak kena pump simpan buat stok. Anak dah 5 bulan baru nak pump susu. Nasib baik memang konsistent menyusukan Dahlia, ambil pulak milkbooster best ni, jadi syukur susu meriah sangat. Hampir ke lebih 200 Oz dapat disimpan. lega sebab masa nak tinggal ni Dahlia dah 6 bulan. Dah boleh makan. Takut juga tak sukup stok susu. tawakal je la.
Selain persiapan stok susu, kena buat persiapan ajar Dahlia minum botol. Dahlia budak baik senang jaga. tak susah nak bagi susu. bagi botol terus ngap. lega 1 bab penting. Ainul beli botol NUK untuk Dahlia. Harga dalam RM30 je. nanti Ainul tunjuk gambar.
Hari yang dinanti sudah tiba…. pagi lagi nak bawa anak anak ke rumah mak. belikan stok makanan untuk anak anak, belikan barang dapur bahan nak masak untuk mak. Ikan ayam semua ainul siang siap siap. Mudahkan kerja mak & adik adik yang tolong jaga nanti.
Sampai di tempat berkumpul di Sunway Geo jam 3 petang. Daftar, ambil tag dan duit poket untuk belanja. Dah la free trip dapat duit belanja pulak tu. that’s why i love this business
Punya la excited. sampai tertutup mata.hihi.. dengan geng bas sekolah yang akan sama sama travel. Best kan travel dengan kawan kawan. Memang kecoh meriah Dari Sunway Geo, kami ramai ramai naik bas ke Boustead Cruise Centre di Pelabuhan Klang
Naik Cruise ni kena patuhi masa tau. Pukul 6 dah kena sampai Port Klang dan masuk kapal. Siapa lambat kena tinggal. Ramai juga orang yang suka naik cruise ni ye. Kami sahaja ada 300 orang. Kapal Star Cruise Libra ni boleh muatkan 1000 orang. Ramai kan.
Hahaha abaikan kesengalan kitaorang tu ye. Bila tengok video ni balik dok gelak dengan husband. Adoiii kelakar. Besar kapal ni. Kami mula mula sesat nak cari bilik.
Bilik dalam kapal ni kecil je tau. Bukan la macam hotel. So jangan la bawa 2-3 bag besar. Kang nanti nak lalu lalang pun susah. nak solat pun penuh ruang. Toilet pun tak berapa besar. Oklah untuk mandi dan membuang hajat.
Pukul 6 petang tu dah boleh makan malam. Makan kat sini memang mewah. makan sampai pengsan. haha. Macam macam ada. makan je. Kalau tak silap makan memang dah termasuk sekali dengan harga pakej. Ainul tak tau sebab semua Shaklee bayarkan. Mari makannnn
Makan memang mewah dengan seafood. Udang bakar tu jangan cakap la. naik kembung makan. Macam macam la ada. berbaloi sangat la kalau ada yang cakap naik cruise harga pakej sekali dengan makan.
Ni dinner.. pulul 9 malam ada briefing pasal keselamatan. cara nak guna life jacket, kalau ada apa apa terjadi nak berkumpul kat mana. ni wajib p
Cruise ni memang penuh aktiviti. Malam tu ada lagi persembahan macam macam. Enjoy je dok sini
jam 10 malam, Star Cruise Libra akan bergerak. Tak perasan pun dia dah gerak. Tapi masa nak tido ada teras sikit goyang. Hari pertama nak tido pun susah. Pening kepala sebab terasa gegarkan.
Kita sambung lagi untuk aktiviti esoknya ye… Stay tune