Star Cruise-Day 2 ke Pulau Langkawi
Kita sambung balik cerita Star Cruise- Percutian 5Hari 4 Malam Yang Giler Best . yang mana belum baca kisah part 1 boleh baca ye. Kapal Cruise ni pukul 10 malam akan bergerak. nak sampai ke Pulau langkawi pukul 3 petang tau. jauh bebenor. hihi. jom baca kisah saya naik Star Cruise-Day 2 ke Pulau Langkawi
Disebabkan nak sampai ke Pulau langkawi pun jam 3 petang maka pagi tu kami ada macam macam aktiviti best. Pagi tak lengkap la tanpa senam pagi. Memang best sangat senam pagi tu. Lain dari biasa. Berpeluh sakan. fuhh . yang best p trip macam ni ada aktiviti yang telah disusun. kalau pergi sendiri buat je la apa yang patut sementara nak sampai ke Langkawi.
nampak tak keceriaan akhak. hihihi.. semangat bebenor nak menari lagu Uptown Funk ft. Bruno Mars . memang layan la masa ni. Masa ni la nak sakan kannnn.. instructor pun best. Miss Rose dari Filipina.
Habis senaman, aktiviti scavengers hunt pulokk. Kami dibahagikan ke beberapa kumpulan. diberi soalan dan kenalah cari jawapan dia di seluruh kapal cruise yang besar ni. Masa ni sangat la kena fit tau. Well kami semua makan Shaklee. Makcik 50-60 tahun pun steady je lari sana sini . Yelah dah makan Shaklee 20 tahun kot.
Group scavenger hunt saya.
Makcik kat depan ni Mak Mertua kepada salah seorang master dalam Shaklee. Anak menantu tak dapat datang sebab menantu dia nak bersalin. Jadi makcik ni suami isteri datang
Masa scavenger hunt kami kena aktif. berlari, naik turun tangga.
Cabaran berlari dalam cruise terutama di bahagian luar adalah angin yang terlalu kuat. rasa nak melayang
Makcik ni steady je tau lari. segan saya. saya cakap ” kuat la makcik, segan saya ”
mak cik cakap ” makan Shaklee… mesti kuat ”
bila dah geng dalam scavenger hunt ni jadi rapat la kami.
Makcik ni peramah suka borak dengan dia.
dia cakap dia pun baru je makan Shaklee. Kat trip cruise ni dia dapat la jumpa orang orang yang dah makan Shaklee 20tahun. dia cite ada seorang tu dah umur 60an tapi kulit tegang, cantik.. ishhh jeles makcik. hihi…makan shaklee makin lama makin awet muda, makin cantik.. ishhh
Group Shaklee saya yang sama sama ke trip Star Cruise.
Lepas lunch, Star Cruise pun Sampai ke Langkawi. Akhirnya. Dari Port Kapal Kat Langkawi dah ada bas menunggu kami. Kalau korang pergi sendiri, ada van, teksi yang tunggu kat port tu. Jadi boleh sewa kt situ.
Sampai Langkawi aktiviti wajib adalah SHOPPING !! tapi saya kannnn kena COD VIVIX dulu. hihi. kebetulan dapat customer owner motel di Cenang. COD ye la terus. COD naik Cruise tau.haha
Settle COD baru kami shopping. Beli apa ek? Datang Langkawi wajib la beli coklat. Coklat untuk anak anak. 100 kali pesan nak coklat itu ini. macam macam request. Dari Motel ni jalan kaki ke Underwater World ternampak Cenang Mall. Singgah jap sana. Ada baca kat 1 blog dia cakap coklat kat Cenang Mall ni murah.
Murah ke? Ainul pun tak pasti murah ke idok. beli je uolss. Rasanya mahal sikit la kalau compare dengan Pekan Kuah. Sebab tak sempat nak ke Pekan Kuah beli aje la. Beza pun tak banyak. Cruise ni kita kena balik tepat pada masa nya tau. Kalau tak hai hai bye bye.
habis Shopping kami naik van sewa tu p makan laksa ikan sekoq pulak. Sedap laksa dia. kuah pekat. Tempat dia betul betul sebelah lapangan terbang Langkawi . Sambil makan boleh tengok kapal terbang landing
Siapa makan. kita naik bas untuk balik semula ke Cruise. Rehat kejap sebab malam ada DINNER !! Apa yang best dinner tu nanti? Stay tune !!!!