Makan Malam Sedap di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor

Malam pertama di Pulau Pangkor. Siang kita dah penat naik feri, mandi kolam . Malam semua kelaparan. Jalan sikit dari Hotel Puteri Bayu yang kami duduk tu, ada tempat makan betul sebelah Coral Bay Hotel. Siapa yang stay area Pantai Pasir Bogak dan nak cari makan sedap boleh la datang ke sini

Pantai Pasir Bogak

Suasana malam di Pasir Bogak ni tenang sunyi je. Relax la . Sesuai la dengan kita yang bawa anak anak, ada baby. Jalan malam malam ambil angin. Malam tu nasib tak hujan. Dapat la jalan jalan tengok kawasan. Tak besar sangat kawasan sini.

Menu pilihan kat sini.  Selain goreng goreng ada juga ikan bakar. Pilihan seafood haruslah ada. dah nama pun duduk kat pulau kan. Kami malam tu pilih goreng goreng je.

Ini je yang kami order malam tu. Simple je dinner. anak anak pun dah mengantuk sebab penat mandi kolam petang tu. Rasa boleh tahan. Sotong goreng kunyit tu sedap. Sotong pun fresh. lagi bertambah sedap

Total harga makan kat sini tak mahal mana. kami pun ambil yang biasa aje. next time boleh la try ikan bakar pulak.  Siapa yang duduk area sini boleh la datang ke kedai makan ni. betul betul tepi jalan berhadapan Arena Pangkor dan sebelah Coral Bay Hotel. Yang stay dekat Coral bay tak payah risau nak makan kat mana. Yang duduk di Puteri bayu jalan sikit aje sampai . Balik hotel jalan kaki dapat la membakar kalori mee goreng tadi.

Di kawasan Pantai Pasir Bogak ni mungkin tak semeriah Teluk Nipah. Kedai makan pun tak banyak. Lagi lagi kami pergi hari khamis. ada yang tutup. Jumaat baru buka. Yang suka ketenangan, relax takde sesak boleh la stay dekat Pantai Pasir Bogak . Tak banyak kereta lalu lalang sini. Suka la kawasan ni. Next time stay sini juga la. tapi hotel lain.hihii

Jom balik tidoq… esok kita sambung aktiviti lain pulak. yang belum baca cerita kami ke Pulau Pangkor sebelum ni meh baca sini

 

One thought on “Makan Malam Sedap di Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge