Salon Muslimah Medina Ladies Beauty Shah Alam Tak Best dan Mahal

Dah lama tak potong rambut. Sibuk pindah rumah, hal anak anak, hal business jadi banyak kali postpone nak ke Salon. Sebelum ni, Ainul pernah ke Salon Muslimah dekat Shah Alam iaitu Salon Siti AlZahrah Seksyen 7 Shah Alam. Kali ni saja nak bertukar angin pulak. Terpengaruh dengan review blogger dengan IG punya pasal, so nampak macam best pulak Medina Ladies Beauty Salon ni. Dekat Seksyen 7 Shah Alam juga. Oklah. tak jauh sangat dari rumah.
Sebelum pergi, Ainul whatsapp dulu untuk tanya dan book dulu. Senang book thru whatsapp je. Set masa weekdays senang tak ramai orang compare dengan weekend.
Book pukul 2 petang, jadi sampai ke salon muslimah tu pun jam 2petang. Kelebihan salon ni ada ruang menunggu untuk husband dan playground anak anak.
Salon Muslimah Medina Ladies Beauty Shah Alam Tak Best dan Mahal. Kenapa?
Maaf kalau ada yang tak suka tapi ini feedback Ainul sebagai seorang customer ye. Bukan blogger yang dibayar untuk review
Sebelum ke sana, Ainul dah booking 2-3 hari sebelum thru whatsapp. Dah beritahu nak datang pukul berapa dan nak buat apa.
Sampai je , pekerja di sana cakap ” hanya untuk yang buat booking je ye ”
kot ye pun tanya la ” Puan ada buat reservation ke? ”
Masa Ainul pergi takde orang pun. Ada sorang je pelanggan. Kalau orang walk in pun tak akan la nak halau kan. ehmmm
1st bila ditanya macam tu, rasa dah tak best. huhu
Ok bab cut & wash pulak. Bagi Ainul tak puas hati sebab cepat je dia potong dan cuci. Harga kena bayar RM55. Patut harga biasa RM59 tapi promosi Khamis jadi RM55 je
Bila dah siap, husband pun terkejut sebab eh cepatnya siap. Selalu kalau p salon lain mau sejam jugak
P salon lain dia punya massage kepala, bahu lama dan puas hati. Kali ni eh dah siap ke? ehmmm
So far tak berapa puas hati la dengan servis dan dengan harga. Harga mahal tapi servis best takpa. Mungkin Ainul p weekdays, pakai selekeh kot. Tak boleh la gitu kan . Siapa pun customer kita kena layan sebaiknya
Apapun mungkin ni pengalaman Ainul. Kebetulan kot. Korang jangan la sampai boikot pulak. Mana tau mereka makin improve service.